Wednesday, July 10, 2013

Tazkirah ramadhan

Ramadhan datang sekali setahun dengan pakej yang amat menarik untuk dirasai. Apa perkara yang amat besar disebalik ibadah puasa itu ? Seperti ibadah solah dimana ianya mencegah dari perkara keji dan mungkar. Oleh itu Allah menyuruh kita berpuasa atas kerana dengan berpuasa itu moga2 kita menjadi orang yang bertaqwa. Untuk mendapatkan taqwa itu banyak perkara yang Allah suruh kita lakukan, dan antaranya adalah berpuasa seperti yang dinyatakan dalam didalam surah albaqarah.

Untuk mendapat taqwa  ini bukan perkara yang mudah, firaun, namrud dan qarun yang mendapat kelebihan yang Allah berikan tetapi Allah tidak berikan taqwa dalam pemberiannya menyebabkan mereka2 itu hanyut dalam kebinasaan.

Bagi orang yang bertaqwa, kedatangan ramadhan ini menjadikan hati kita seronok. PARA sahabat Baginda saw ,menunggu ramadhan ini bermula dari bulan rejab lagi. INi Menunjukkan betapa taqwa mereka itu begitu kuat dan menjadikan jiwa2 mereka insan terpilih oleh Allah.

Perkara utama ramadhan ini ada 3 iaitu  PUASA , BANGUN (solat terawikh), dan juga ALQURAN (menyelidiki Alquran dan menghayatinya).

Ramadhan merupakan madrasah yang mengajar erti keimanan, kefakiran, kesungguhan, menjaga mulut dan telinga serta mata dan menjaga syahwat agar menepati ciri2 ramadhan yang dikehendaki oleh Allah. Ramadhan bukan setakat hanya menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri dari perkara yang dilarang oleh Allah swt.

Ramadhan juga mengajar kita menyelidiki alquran seperti mana imam syafie khatam alquran sebanyak 60 kali, yakni khatam 2 kali sehari. BETAPA ramadhan itu membangkit semangat orang2 yang bertaqwa dengan kekuatan yang luar biasa yang Allah berikan kepada orang 2 yang beriman dan bertaqwa.

Setiap saat didalam ramadhan adalah waktu yang penting dan waktu yang prime sifatnya. Setiap kebaikkan yang dilakukan didalam bulan ramadhan ini mendapat ganjaran yang tinggi dari Allah berbanding pada bulan2 yang lain.Dengan disiplin yang tinggi mampu menjadikan ramadhan ini amat bermakna buat iman kita insyaAllah.

0 comments:

Post a Comment