Tazkirah merupakan perkara yang penting walaupun diantara solat tazkirah itu. Allah memberi amaran yang sangat keras kepada sesiapa yang tidak mahu mengingati amaran2 Allah. Api neraka tidak akan membakar kecuali kepada orang2 celaka shj. Jika tidak diperingatkan dengan perkara ini maka manusia akan sentiasa ingat akan Allah.
Perkara tazkirah diantara terawikh itu tidak lah haram seperti yang menjadi permasalahan didalam negara kita. Oleh itu tazkirah perlu disebarluaskan agar ilmu agama itu menjalar keseluruh masyarakat dan akan memberikan kebaikkan kepada semua.
Orang yang celaka itu adalah orang2 yang dibentangkan ayat2 Allah, maka dia berpaling dari mengikutinya. Dan orang2 yang bertaqwa itu apabila Allah melimpahkan rezeki kepadanya, dia menginfaqkannya dijalan Allah. Dan apabila disebut nama Allah maka gementar hatinya. Jika tidak gementar hatinya maka dia belum mencapai tahap orang yang beriman yang dikehendaki oleh Allah.
Orang yang percaya bahawa bersedekah itu menambahkan rasa keimanan, maka dia itu mendapat sedikit tingkat tawakkal dia kepada Allah. Dengan tahap tawakkal yang tinggi itu akan menjadikan dia langsung berharap terus kepada Allah dan tidak kepada yang lain.
Rasa cinta pada Baginda saw seolah2 bulan yang muncul ditengah malam. Ini bermakna disebalik kegelapan itu muncul cahaya pertunjuk membawa kita kearah yang diredhai oleh Allah.Seperti pada lagu memuji Baginda semasa Baginda saw berhijrah ke Madinah. Lagu yang dihasilkan oleh orang2 madinah itu telah kesampai kita sejauh masa 1400 tahun yang lalu. Begitu sekali kasih dan sayangnya penduduk madinah terhadap islam yang dibawa oleh Baginda sehingga mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya.
Solat terawikh wajib dilakukan dengan ilmu dan tidak sahaja mengikut2 shj. Baginda saw berkata, siapa mendirikan terawikh bersama imam sehingga imam balik,( sehingga habis witir bersama imam) baru dikira selesai solat bersama dengan imam tersebut. Apabila kita berjaya mengikuti solat terawikh sehingga habis terawikh maka ganjarannya seperti mengerjakan solat tahajjud ditengah malam iaitu seperti pahala qiamullail.
0 comments:
Post a Comment