Thursday, July 11, 2013

Tazkirah ramadhan malam ke3

Pahala berkunjung untuk memoelajari ilmu lebih besar pahala dari solat sunat 100 rakaat. Inilah besarnya mempelajari ilmu berbanding dengan solat sunat. OLEH ITU siri tazkirah diantara solat terawikh itu adalah perkara yang lebih afdhal berbanding tiada siri tazkirah antaranya kerana menambah ilmu diantara keduanya didalam bulan ramadhan.

Mempelajari ilmu terutama mempelajari ilmu alquran akan menambahkan tahap ilmu kita kepada Allah dan akan menjadikan dirinya lebih bertaqwa dan memahami apa yang dikerjakan. Dengan memahami makna2 alquran itu akan menjadikan kita merasai apa yang Allah katakan didalam Alquran.

Program yang diadakan dibulan ramadhan ini disusun oleh Allah dan bukan ditunjuk oleh manusia. Antara program yang Allah anjurkan adalah berpuasa, membaca alquran, solat terawikh, tahajjud, bersedekah dan pelbagai amalan2 yang digalakkan akan mendapat ganjaran yang Allah susun dengan jumlah pahala yang diberikan amat berganda2. Ramadhan merupakan madrasah tarbiyah yang Allah jadikan sebulan shj setahun. SETIAP SAATnya itu amat berharga dan amat rugi jika tidak dilakukan didalamnya.

Orang yang bertaqwa apabila dia bangun untuk bersahur dia akan beristigfar memohon keampunan kepada Allah. Inilah ciri2 orang2 yang bertaqwa yang menjadi insan kesayangan Allah. Juga mendirikan qiam ditengah malam dibulan ramadhan adalah amat dianjurkan sehingga Allah memberi keampuanan kepada makhluk yang memohon kepadaNya.

Pahala sunat dibulan ramadhan menyamai pahala fardhu dibulan yang lain.Begitu sekali Allah memberi ganjaran kpd hambaNya yang Dia yang Maha menyayangi dan mengasihani.

Wallahuaklam

0 comments:

Post a Comment