Andai ini ramadhan yang terakhir, maka jadikanlah ramadhan ini yang terbaik dalam sejarah hidup kita. Untuk ibadat puasa Allah menggunakan perkataan orang2 beriman dan tidak mennggunakan perkataan yang lain. BETApa Allah begitu menyayangi hamba2nya yg beriman terutama dalam ibadah berpuasa ini yang diangkat darjat org berpuasa itu kesatu tahap yang lebih tinggi iaitu menjadi orang2 yang bertaqwa.
Orang yang bertaqwa itu adalah orang yang membuat sesuatu suruhan itu dengan bersungguh2 dan meninggalkan segala larangan itu bersungguh2. Itulah ciri2 orang yang bertaqwa yang diberi hidayah oleh Allah.
Ilmu dalam setiap amalan itu amat penting dan tidak boleh dipisahkan. Jika beribadat tanpa ilmu ibarat burumg kakak tua yang hanya tau bercakap tapi tidak tahu apa yang dicakapnya.
Menghormati majlis ilmu dan menyukai majlis ilmu itu amat besar faedahnya sehingga para malaikat memayungi majlis itu dengan keredhaanNya. Dalam ibadat berpuasa ini pun wajib bersandarkan dengan ilmu. Jika tidak ibadah puasa itu akan menjadi masalah kepada setiap ibadat itu. Setiap kali umur itu meningkat, maka hendaklah peningkatan ilmu itu selari dengan jumlah umur yang meningkat.
Seperti mana surau2 yang kosong dimalam 10 yang terakhir , akan tetapi dipagi aidil fitri surau itu penuh semula.kenapa ini berlaku kerana ilmu itu tidak dijadikan tunjang dalam setiap amalan kita. Hadirilah majlis ilmu dan cintailah majlis ilmu agar Allah memberikan kita hidayah dalam penghidupan kita selepas ini.
0 comments:
Post a Comment