Malam ramadhan merupakan malam yang mana hamba2 Allah dapat menunaikan ibadat khusus kpd Allah dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Adakah banyaknya ibadat itu mendpt perhatian yang lebih atau ibadat yg bagaimana yang menjadi kelebihan untuk kita kerjakan. Siapakah amalnya yang lebih baik? Adakah bilangannya atau kualitinya yang diambil kira.
Kualiti amal itu perlu dipertingkatkan dari satu ramadhan ke ramadhan yang lain agar menjadi muslim yang lebih baik. Untuk mendapatkan kualiti amalan itu hendaklah atas dasar ilmu dan bukan amalan mengikut2 sahaja. H3ndaklah setiap ibadat itu mesti diikuti dengan ilmu. Ini seperti ilmu solat, sedekah dan sebagainya agar setiap amalan yang kita lakukan itu berdasarkan ilmu yang membawa kita kejalan yang lurus.
Jadilah orang yang alim yakni berilmu, jika tidak jadilah org yang mengaji, atau jadilah orang yang mendengar atau jadilah orang yang mencintai majlis ilmu yang akan mendekatkan kita kepada Allah Tuhan sekelian alam. Jangan jadi golongan yang kelima yang mana membenci majlis ilmu sehinggakan menjadikan dia sesat.
Dengan ilmu itulah kita kenal Allah Pencipta alam semesta ini, dan dengan ilmu itulah kita mendapat erti keikhlasan yang sebenar. Amalan yang bersandarkan ilmu itu akan meningkatkan kualiti ibadat itu dan menjadikan dirinya ikhlas kerana Allah tanpa sebarang syak wasangka. Untuk mendapat khusyuk dalam setiap ibadat juga memerlukan ilmu yang kuat agar kadar kekhusyukkan itu menjadi nadi dalam ibadat kita seharian.
Seperti bertadarus pada malam2 ramadhan, jika bertadarus tanpa memahami maksud ayat2 yang dibaca itu menjadi sia2 shj. Walaupun mendapat pahala kerana membaca ayat2 suci alquran, adalah lebih elok jika dapat bertadabur dengan ayat2 alquran agar amalan kita menjadi lebih baik setelah memahami setiap ayat yanb dibaca itu.
Dan dalam setiap amalan itu hendaklah beristiqamah sehingga akhirnya. Kerana hanya istiqamah sahaja yang dapat menjamin kadar kualiti ibadahnya meningkat dari sehari kesehari. Perbezaan seorg yang berilmu dengan tidak berilmu adalah pada kadar istiqamahnya yang dilakukan setiap hari dalam hidupnya. Seperti saidina Ali yang istiqamah dalam bersedekah setiap hari, walaupun sedikit tapi istiqamahnya itu menjadikan dia sentiasan melakukan sedeqah itu sehingga keakhir hayatnya.
Bagi setiap amalan itu dia ada tangga keutamaannya iaitu awlawiyat. Kita perlu ada ilmu dalam perkara ini agar tahu tahap mana ibadat keutamaan yang perlu kita dahulukan. Seperti solat terawikh yang sunat harus didahulukan atau solat maghrib berjemaah yang perlu di beri keutamaan. Ada orang yang beria2 melakukan sunat terawikh sedangkan solat fardhu langsung diabaikan. Ini kerana ilmu tidak ada dalam dirinya, semuanya kerana mengikut tuntutan nafsu yang tidak diajar dengan ilmu.
Seperti bersedekah, kita selalu bersedekah kepada orang2 yang jauh seperti dipalestine syria dan sebagainya. Akan tetapi adalah lebih awla diberikan kepada orang yang lebih dekat dengan persekitaran kita agar yang dekat2 itu dapat dibantu sebelum kita pergi kepada yang lebih jauh. Oleh itu ilmu ibadat keutamaan itu perlu dipelajari agar setiap ibadat itu terletak betul pada tempat yang sepatutnya.
Dan akhirnya setiap amalan kita itu hendaklah akhirnya tunduk kepada Rabbil Jalil. Kita lakukan semua suruhan dan tinggalkan semua laranganNya agar semua amalan kita itu atas kerana ketaqwaan. Kita solat tak tinggal, tapi aurat tetap tidak ditutup. Ini tidak menepati ciri2 ibadat itu yang sebenarnya dimana ketakutan kita kepada Allah itu yang menjadi tunjang dalam setiap amalan kita dan bukan ikut2an itu yang kita lakukan. Oleh itu ilmu adalah amat penting agar setiap amalan kita itu diredhai dan diberkati serta ditingkatkan kualitinya agar akhirnya kita mendapat keredhaan Allah swt Tuhan Pencipta Sekelian Makhluk.
0 comments:
Post a Comment