Sunday, July 28, 2013

Tazkirah ramadhan malam me18

Perbanyakkan berdoa dibulan ramadhan kerana Allah sentiasa rapat dengan hambaNya terutama 10 malam yang terakhir dimana Baginda Saw sudah mengikat kainnya dan beriktikaf dimasjid sepanjang malamnya. Mohonlah keampuanan Allah dalam setiap doa itu dibulan yang mulia ini.

Baginda mengajar Aishah Ra d0satu doa jika datangnya lailatul qadar yang tidak diketahui bila datangnya dengan doa 'yaAllah sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun, maka ampunilah aku yaAllah'.

Jika setiap perlakuan kita itu menuju dosa, maka hendaklah sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Sesungguhnya setiap taubat kita itu adalah didorong oleh taqwa kita yang sekelumit itu. Jika langsung tidak mahu bertaubat, itu bermakna taraf iman kita lamgsung tidak digerakkan oleh Allah swt sehingga keakhirnya.

Janganlah bersangka bahawa kita yang islam ini akan kesyurga keakhirnya walaupun tidak beriman tidak mengerjakan amal soleh dan sentiasa melakukan kemungkaran, ketahuilah bahawa azab neraka itu terlalu pedih untuk ditanggung. Jangan bersangka bahawa dengan azab yang sekejap itu boleh ditanggung oleh manusia malah siksaan itu pasti amat menggerikan. Oleh itu jangan permudahkan taubat itu, kerana hidayah Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Titipkanlah harapan agar Allah sentiasa melihat kita dalam setiap doa itu. Dengan pengharapan sebegitu, kita akan dikembalikan kejalan yang lurus yang diredhai olehNya. Bermula doa itu utk diri sendiri, ibu dan ayah, adik beradik, sahabat2 dan semua yang mengharapkan doa kita didunia ini.

Mendoakan rakan2 mujahiddin disyria agar islam terus subur dibumi syam. Mendoakan agar musuh2 Allah yang hampir serupa seperti islam  iaitu syiah laknatullah dihapuskan dari mengelirukan umat manusia ini. Mereka ini sudah tidak boleh dipercayai lg diatas muka bumi ini dan mereka itu terlalu kejam buat manusia untuk difikirkan. Nauzubillah.

Mempelajari bahasa arab juga adalah seperti satu keperluan wajib untuk umat islam dimalaysia. Ini kerana solat kita semuanya dalam bahasa arab. Jika kita tidak memahami bahasa arab, bagimana kita ingin memahami setiap ucapan yang dilafazkan oleh kita sebagai hamba kepada Allah swt. Sistem nahu dan kaedah bahasa arab itu lebih dekat dengan cara dan sistem bahasa melayu. Oleh itu pelajarilah bahasa arab agar setiap ibadat kita itu mendapat manfaatnya.

0 comments:

Post a Comment