Allah memerintahkan hambaNya yang beriman untuk berpuasa agar akhirnya mudah2an kita menjadi orang2 yang bertaqwa. Baginda saw sudah siap sedia menunggu bulan ramadhan sejak bulan rejab lagi. BETAPA umat Baginda saw dahulu menunggu2 bulan ramadhan yang dirindui ini.
Dan kata Baginda saw bahawa pada ramadhan itu ada 3 sessi dan fasa. Diawalnya pengampuann, ditengahnya makfirah dan yang akhirnya dibebaskan dari api neraka. Mudah2an kita tergolong didalam golongan yang diredhai. Betapa cinta dan rindunya orang2 beriman menunggu ramadhan yang didalamnya bukan ada perkara yang mudah, malah didalamnya ada tugas2 yang agak berat, akan tetapi org2 beriman menunggu2 betapa indahnya ramadhan itu pada jiwa mereka.
Didalam bulan ramadhan itu juga diturunkannya Alquran pada kali pertama digua hiraq. Dan dibulan ramadhan itu diperintahkan untuk berperang oleh Allah kepada Baginda saw dan sahabat2nya. Ini satu tugas yang berat tapi iman mereka tetap utuh dan meningkat rindu kepada Allah.
Dan dibulan ramadhan ini juga kita dapat melembutkan hati kita kepada Allah swt. Dengan natijah dari berpuasa inilah nafsu kita dpt ditundukkan dengan drastiknya, dan masa inilah hati kita mampu ditundukkan kepada Allah pencipta kita yang maha Hebat.
Kita jangan rasa bongkak terhadap Allah dengan kekayaan dan kehebatan yang Allah beri yg bersifat sementara.
Lembutkan hati kita dengan manusia terutamanya kepada org2 miskin. Dengan melihat kehidupan mereka itu akan menginsafkan kita dsn akhirnya dapat melembutkan hati kita untul tunduk patuh kepada Allah.
Dengan datangnya ramadhan ini hendaklah kita bersyukur serta memohon keampunan kpd Allah yang kita tidak tahu ramdhan yang akan datng kita sudah tidakmada lagi.
Semoga ramadhan ini menjadikan iman kita bertambah hebat dan bertambah kesyukuran insyaAllah.
0 comments:
Post a Comment