Tuesday, July 23, 2013

Tazkirah ramadhan malam ke15

Penurunan alquran dibulan ramadhan yang alquran itu menjadi pertunjuk kepada manusia seluruhnya.
Terdapat 3 golongan yang Allah sebut  sbg golongan yang rugi:

1 - golongan yang sesat kerana tidak ada ilmu

2- golongan yang menuntut ilmu tetapi Allah tidak memberi hidayah kepadanya.. seperti iblis yang ego yang menjadi ketua kpd malaikat2 semua juga tidak diberi hidayah oleh Allah sehingga kehari kiamat sedangkan iblis itu juga adalah pandai. Begitu juga golongan orientalis yg pandai dalam ilmu tetapi Allah tetap sesatkan mereka semua. Begitu juga Baginda saw pernah menyatakan bahawa diakhir zaman nanti islam hanya tinggal pada nama shj dan alquran hanya tinggal sebagai tulisan shj. Masjid mereka besar tersergam tetapi runtuh dari hidayah (disekat dari menshiarkNan agama didalam masjid seperti menidakkan majlis2 ilmu dan sebagainya didlm masjid). Fungsi2 masjid langsung  tidak diraikan dimana pada zaman Baginda saw masjid itu adalah nadi bg masyarakat berkumpul dan belajar.
Antara ciri2 org yg mendpt hidayah adalah org yg suka mendengar dan belajar tentang ilmu yg benar dimana2 yang dia ikuti terutama dimasjid2.
Pelbagai program ilmu yang diadakan dimasjid2 ini akan menjadikan masyarakat terus celik ilmu tanpa perlu perbelanjaan yang tinggi yang akhirnya menjadikan masyarakat mendapat hidayah dari Allah swt. Dan juga ulamak2 merupakan makhluk yg sgt jahat dibawah naungan langit yang padanya muncul kesesatan dan kepadanya kembali kesesatan pada pegawai 2 agamawan itu. Begitu sekali jahatnya ulamak2 diakhir zaman yang menyesatkan umat sekitarnya.

3- org yang ingin belajar dan nak sgt mencari kebenaran,tetapi tersalah memilih kitab juga menjadi sesat dijalan yang benar. Ini seperti yang terjadi pd pengikut2 syiah yang cuba mencari kebenaran dengan tersalah memilih kitab untuk dijadikan  manual dalam hidup mereka,akan tetapi tersesat jauh dari jalan kebenaran menuju Allah. Semua keadaan sekalipun ilmu yang benar itu amat perlu agar perjalanan kita kedunia yang lebih kekal itu pada jalan yang benar.

0 comments:

Post a Comment