Sunday, July 28, 2013

Tazkirah ramadhan malam me18

Perbanyakkan berdoa dibulan ramadhan kerana Allah sentiasa rapat dengan hambaNya terutama 10 malam yang terakhir dimana Baginda Saw sudah mengikat kainnya dan beriktikaf dimasjid sepanjang malamnya. Mohonlah keampuanan Allah dalam setiap doa itu dibulan yang mulia ini.

Baginda mengajar Aishah Ra d0satu doa jika datangnya lailatul qadar yang tidak diketahui bila datangnya dengan doa 'yaAllah sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun, maka ampunilah aku yaAllah'.

Jika setiap perlakuan kita itu menuju dosa, maka hendaklah sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Sesungguhnya setiap taubat kita itu adalah didorong oleh taqwa kita yang sekelumit itu. Jika langsung tidak mahu bertaubat, itu bermakna taraf iman kita lamgsung tidak digerakkan oleh Allah swt sehingga keakhirnya.

Janganlah bersangka bahawa kita yang islam ini akan kesyurga keakhirnya walaupun tidak beriman tidak mengerjakan amal soleh dan sentiasa melakukan kemungkaran, ketahuilah bahawa azab neraka itu terlalu pedih untuk ditanggung. Jangan bersangka bahawa dengan azab yang sekejap itu boleh ditanggung oleh manusia malah siksaan itu pasti amat menggerikan. Oleh itu jangan permudahkan taubat itu, kerana hidayah Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Titipkanlah harapan agar Allah sentiasa melihat kita dalam setiap doa itu. Dengan pengharapan sebegitu, kita akan dikembalikan kejalan yang lurus yang diredhai olehNya. Bermula doa itu utk diri sendiri, ibu dan ayah, adik beradik, sahabat2 dan semua yang mengharapkan doa kita didunia ini.

Mendoakan rakan2 mujahiddin disyria agar islam terus subur dibumi syam. Mendoakan agar musuh2 Allah yang hampir serupa seperti islam  iaitu syiah laknatullah dihapuskan dari mengelirukan umat manusia ini. Mereka ini sudah tidak boleh dipercayai lg diatas muka bumi ini dan mereka itu terlalu kejam buat manusia untuk difikirkan. Nauzubillah.

Mempelajari bahasa arab juga adalah seperti satu keperluan wajib untuk umat islam dimalaysia. Ini kerana solat kita semuanya dalam bahasa arab. Jika kita tidak memahami bahasa arab, bagimana kita ingin memahami setiap ucapan yang dilafazkan oleh kita sebagai hamba kepada Allah swt. Sistem nahu dan kaedah bahasa arab itu lebih dekat dengan cara dan sistem bahasa melayu. Oleh itu pelajarilah bahasa arab agar setiap ibadat kita itu mendapat manfaatnya.

Thursday, July 25, 2013

Tazkirah ramadhan malam ke17

Allah memerintahkan hambaNya yang beriman untuk berpuasa agar akhirnya mudah2an kita menjadi orang2 yang bertaqwa. Baginda saw sudah siap sedia menunggu bulan ramadhan sejak bulan rejab lagi. BETAPA umat Baginda saw dahulu menunggu2 bulan ramadhan yang dirindui ini.

Dan kata Baginda saw bahawa pada ramadhan itu ada 3 sessi dan fasa. Diawalnya pengampuann, ditengahnya makfirah dan yang akhirnya dibebaskan dari api neraka. Mudah2an kita tergolong didalam golongan yang diredhai. Betapa cinta dan rindunya orang2 beriman menunggu ramadhan yang didalamnya bukan ada perkara yang mudah, malah didalamnya ada tugas2 yang agak berat, akan tetapi org2 beriman menunggu2 betapa indahnya ramadhan itu pada jiwa mereka.

Didalam bulan ramadhan itu juga diturunkannya Alquran pada kali pertama digua hiraq. Dan dibulan  ramadhan itu diperintahkan untuk berperang oleh Allah kepada Baginda saw dan sahabat2nya. Ini satu tugas yang berat tapi iman mereka tetap utuh dan meningkat rindu kepada Allah.

Dan dibulan ramadhan ini juga kita dapat melembutkan hati kita kepada Allah swt. Dengan natijah dari berpuasa inilah nafsu kita dpt ditundukkan dengan drastiknya, dan masa inilah hati kita mampu ditundukkan kepada Allah pencipta kita yang maha Hebat.
Kita jangan rasa bongkak terhadap Allah dengan kekayaan dan kehebatan yang Allah beri yg bersifat sementara.
Lembutkan hati kita dengan manusia terutamanya kepada org2 miskin. Dengan melihat kehidupan mereka itu akan menginsafkan kita dsn akhirnya dapat melembutkan hati kita untul tunduk patuh kepada Allah.

Dengan datangnya ramadhan ini hendaklah kita bersyukur serta memohon keampunan kpd Allah yang kita tidak tahu ramdhan yang akan datng kita sudah tidakmada lagi.
Semoga ramadhan ini menjadikan iman kita bertambah hebat dan bertambah kesyukuran insyaAllah.

Wednesday, July 24, 2013

Tazkirah ramadhan malam ke16

Puasa ini bermula sejak zaman nabi musa ketika baginda berada dibukit tursina untuk menerima wahyu. Dari situlah bermulanya ibadah puasa itu dan sehinggalah kepada Nabi Muhammad saw dan terus dijadikan ibadah dalam agama islam.

Perkembangan islam yang begitu pesat didunia sekarang ini, menjadikan musuh2 islam bertambah dengki dan cuba menjatuhkan islam dengan cara apa sekalipun. BEGITU yang berlaku ditimur tengah dimana islam ditindas begitu rupa seperti yg berlaku di syria dan juga di mesir. Tujuan yahudi dan nasrani berbuat demikian adalah untuk menangkis kebangkitan islam yang semakin menjadi2 diseluruh dunia.

Fenomena syiah yang melanda dunia amnya dan juga malaysia khasnya sudah menjadi barah yang perlu dibenteras. Kerisauan virus2 syiah ini amat ditakuti akan berjangkit kepada anak2 kita. Ajaran syiah yang pelik dan merbahaya ini begitu ditakuti kerana puak2 ini mampu membunuh tanpa usul periksa atas kerana perbezaan akidah yang amat lain sekali.

Yahudi,kristian dan syiah adalah fahaman yang sama sesatnya. Mereka mereka2 kitab2 Allah serta menyangjung akan perkara2 tidak ada nasnya seperti org kristian menganggap isa itu anak tuhan seprti golongan syiah menganggap ali,fatimah dan husien itu tuhan. Ini adalah fahaman yang amat mernahaya dan kita wajib menjauhi fahaman extreme ini yang amat jijik dan menakutkan.

Walaupun pelbagai dakyah dan ancaman dikenakan kpd islam, perkembangan islam tetap menjadi fenomena diseluruh dunia. Allah tetap memberi hidayah kpd insan2 yg terpilih walaupun diancam bunuh dan sebagainya. Islam tetap mnjadi pilihan terbaik umat manusia untuk dianuti. Ini kerana untuk menyelami islam itu perlukan ilmu dan islam itu berdiri atas ilmu. Tanpa ilmu itu, iman seseorg itu pasti berbeza dgn iman2 muslim yg lain.

Oleh itu islam tidak menindas penganutnya tanpa usul periksa, segalanya Allah turunkannya dengan iringan ilmu agar setiap ibadat itu mempunyai sandaran yg menguatkan taraf iman kita pd Allah.

Semoga kita diberkati dalam setiap amalan kita dibulan rsmadhan yg mulia ini.

Tuesday, July 23, 2013

Tazkirah ramadhan malam ke15

Penurunan alquran dibulan ramadhan yang alquran itu menjadi pertunjuk kepada manusia seluruhnya.
Terdapat 3 golongan yang Allah sebut  sbg golongan yang rugi:

1 - golongan yang sesat kerana tidak ada ilmu

2- golongan yang menuntut ilmu tetapi Allah tidak memberi hidayah kepadanya.. seperti iblis yang ego yang menjadi ketua kpd malaikat2 semua juga tidak diberi hidayah oleh Allah sehingga kehari kiamat sedangkan iblis itu juga adalah pandai. Begitu juga golongan orientalis yg pandai dalam ilmu tetapi Allah tetap sesatkan mereka semua. Begitu juga Baginda saw pernah menyatakan bahawa diakhir zaman nanti islam hanya tinggal pada nama shj dan alquran hanya tinggal sebagai tulisan shj. Masjid mereka besar tersergam tetapi runtuh dari hidayah (disekat dari menshiarkNan agama didalam masjid seperti menidakkan majlis2 ilmu dan sebagainya didlm masjid). Fungsi2 masjid langsung  tidak diraikan dimana pada zaman Baginda saw masjid itu adalah nadi bg masyarakat berkumpul dan belajar.
Antara ciri2 org yg mendpt hidayah adalah org yg suka mendengar dan belajar tentang ilmu yg benar dimana2 yang dia ikuti terutama dimasjid2.
Pelbagai program ilmu yang diadakan dimasjid2 ini akan menjadikan masyarakat terus celik ilmu tanpa perlu perbelanjaan yang tinggi yang akhirnya menjadikan masyarakat mendapat hidayah dari Allah swt. Dan juga ulamak2 merupakan makhluk yg sgt jahat dibawah naungan langit yang padanya muncul kesesatan dan kepadanya kembali kesesatan pada pegawai 2 agamawan itu. Begitu sekali jahatnya ulamak2 diakhir zaman yang menyesatkan umat sekitarnya.

3- org yang ingin belajar dan nak sgt mencari kebenaran,tetapi tersalah memilih kitab juga menjadi sesat dijalan yang benar. Ini seperti yang terjadi pd pengikut2 syiah yang cuba mencari kebenaran dengan tersalah memilih kitab untuk dijadikan  manual dalam hidup mereka,akan tetapi tersesat jauh dari jalan kebenaran menuju Allah. Semua keadaan sekalipun ilmu yang benar itu amat perlu agar perjalanan kita kedunia yang lebih kekal itu pada jalan yang benar.

Saturday, July 20, 2013

Tazkirah ramadhan malam ke12

Sudahkah berpuasa kita sudah meningkatkah kadar imannya. Sudah malam ke 12 ibadat puasa kita dibulan ramadhan 2013 ini, dan adakah ibadah ini semakin menjadikan kita lebih bertaqwa dari sebelum ini.

Allah itu berkata bahwa ibadah puasa kita adalah milik Allah. Hanya Allah yang akan membalasnya berdasarkan kadar ilmu dan taqwa hambanya dan kita manusia tidak tahu taraf puasa kita ini diterima pada kadar yang berapa?

Ketika kebaikkan yang kita lakukan dibulan ramadhan ini digandakan dengan 10 kebaikkan dan malah lebih dari itu bergantung kepada niat seseorang itu. Ibadat sunat dibulan puasa akan diberi  ganjaran seperti ibadat wajib dibulan yang lain.

Thursday, July 18, 2013

Tazkirah ramadhan malam ke10

Tazkirah merupakan perkara yang penting walaupun diantara solat tazkirah itu. Allah memberi amaran yang sangat keras kepada sesiapa yang tidak mahu mengingati amaran2 Allah. Api neraka tidak akan membakar kecuali kepada orang2 celaka shj. Jika tidak diperingatkan dengan perkara ini maka manusia akan sentiasa ingat akan Allah.

Perkara tazkirah diantara terawikh itu tidak lah haram seperti yang menjadi permasalahan didalam negara kita. Oleh itu tazkirah perlu disebarluaskan agar ilmu agama itu menjalar keseluruh masyarakat dan akan memberikan kebaikkan kepada semua.

Orang yang celaka itu adalah orang2 yang dibentangkan ayat2 Allah, maka dia berpaling dari mengikutinya. Dan orang2 yang bertaqwa itu apabila Allah melimpahkan rezeki kepadanya, dia menginfaqkannya dijalan Allah. Dan apabila disebut nama Allah maka gementar hatinya. Jika tidak gementar hatinya maka dia belum mencapai tahap orang yang beriman yang dikehendaki oleh Allah.

Orang yang percaya bahawa bersedekah itu menambahkan rasa keimanan, maka dia itu mendapat sedikit tingkat tawakkal dia kepada Allah. Dengan tahap tawakkal yang tinggi itu akan menjadikan dia langsung berharap terus kepada Allah dan tidak kepada yang lain.

Rasa cinta pada Baginda saw seolah2 bulan yang muncul ditengah malam. Ini bermakna disebalik kegelapan itu muncul cahaya pertunjuk membawa kita kearah yang diredhai oleh Allah.Seperti pada lagu memuji Baginda semasa Baginda saw berhijrah ke Madinah. Lagu yang dihasilkan oleh orang2 madinah itu telah kesampai kita sejauh masa 1400 tahun yang lalu. Begitu sekali kasih dan sayangnya penduduk madinah terhadap islam yang dibawa oleh Baginda sehingga mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya.

Solat terawikh wajib dilakukan dengan ilmu dan tidak sahaja mengikut2 shj. Baginda saw berkata, siapa mendirikan terawikh bersama imam sehingga imam balik,( sehingga habis witir bersama imam) baru dikira selesai solat bersama dengan imam tersebut. Apabila kita berjaya mengikuti solat terawikh sehingga habis terawikh maka ganjarannya seperti mengerjakan solat tahajjud ditengah malam iaitu seperti pahala qiamullail.

Tuesday, July 16, 2013

Tazkirah ramadhan malam ke8

Andai ini ramadhan yang terakhir, maka jadikanlah ramadhan ini yang terbaik dalam sejarah hidup kita. Untuk ibadat puasa Allah menggunakan perkataan orang2 beriman dan tidak mennggunakan perkataan yang lain. BETApa Allah begitu menyayangi hamba2nya yg beriman terutama dalam  ibadah berpuasa ini yang diangkat darjat org berpuasa itu kesatu tahap yang lebih tinggi iaitu menjadi orang2 yang bertaqwa.

Orang yang bertaqwa itu adalah orang yang membuat sesuatu suruhan itu dengan bersungguh2 dan meninggalkan segala larangan itu bersungguh2. Itulah ciri2 orang yang bertaqwa yang diberi hidayah oleh Allah.

Ilmu dalam setiap amalan itu amat penting dan tidak boleh dipisahkan. Jika beribadat tanpa ilmu ibarat burumg kakak tua yang hanya tau bercakap tapi tidak tahu apa yang dicakapnya.

Menghormati majlis ilmu dan menyukai majlis ilmu itu amat besar faedahnya sehingga para malaikat memayungi majlis itu dengan keredhaanNya. Dalam ibadat berpuasa ini pun wajib bersandarkan dengan ilmu. Jika tidak ibadah puasa itu akan menjadi masalah kepada setiap ibadat itu. Setiap kali umur itu meningkat, maka hendaklah peningkatan ilmu itu selari dengan jumlah umur yang meningkat.

Seperti mana surau2 yang kosong dimalam 10 yang terakhir , akan tetapi dipagi aidil fitri surau itu penuh semula.kenapa ini berlaku kerana ilmu itu tidak dijadikan tunjang dalam setiap amalan kita. Hadirilah majlis ilmu dan cintailah majlis ilmu agar Allah memberikan kita hidayah dalam penghidupan kita selepas ini.

Monday, July 15, 2013

Tazkirah ramadhan malam ke 7

Malam ramadhan merupakan malam yang mana hamba2 Allah dapat menunaikan ibadat khusus kpd Allah dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Adakah banyaknya ibadat itu mendpt perhatian yang lebih atau ibadat yg bagaimana yang menjadi kelebihan untuk kita kerjakan. Siapakah amalnya yang lebih baik? Adakah bilangannya atau kualitinya yang diambil kira.

Kualiti amal itu perlu dipertingkatkan dari satu ramadhan ke ramadhan yang lain agar menjadi muslim yang lebih baik. Untuk mendapatkan kualiti amalan itu hendaklah atas dasar ilmu dan bukan amalan mengikut2 sahaja. H3ndaklah setiap ibadat itu mesti diikuti dengan ilmu. Ini seperti ilmu solat, sedekah dan sebagainya agar setiap amalan yang kita lakukan itu berdasarkan ilmu yang membawa kita kejalan yang lurus.

Jadilah orang yang alim yakni berilmu, jika tidak jadilah org yang mengaji, atau jadilah orang yang mendengar atau jadilah orang yang mencintai majlis ilmu yang akan mendekatkan kita kepada Allah Tuhan sekelian alam. Jangan jadi golongan yang kelima yang mana membenci majlis ilmu sehinggakan menjadikan dia sesat.

Dengan ilmu itulah kita kenal Allah Pencipta alam semesta ini, dan dengan ilmu itulah kita mendapat erti keikhlasan yang sebenar. Amalan yang bersandarkan ilmu itu akan meningkatkan kualiti ibadat itu dan menjadikan dirinya ikhlas kerana Allah tanpa sebarang syak wasangka. Untuk mendapat khusyuk dalam setiap ibadat juga memerlukan ilmu yang kuat agar kadar kekhusyukkan itu menjadi nadi dalam ibadat kita seharian.

Seperti bertadarus pada malam2 ramadhan, jika bertadarus tanpa memahami maksud ayat2 yang dibaca itu menjadi sia2 shj. Walaupun mendapat pahala kerana membaca ayat2 suci alquran, adalah lebih elok jika dapat bertadabur dengan ayat2 alquran agar amalan kita menjadi lebih baik setelah memahami setiap ayat yanb dibaca itu.

Dan dalam setiap amalan itu hendaklah beristiqamah sehingga akhirnya. Kerana hanya istiqamah sahaja yang dapat menjamin kadar kualiti ibadahnya meningkat dari sehari kesehari. Perbezaan seorg yang berilmu dengan tidak berilmu adalah pada kadar istiqamahnya yang dilakukan setiap hari dalam hidupnya. Seperti saidina Ali yang istiqamah dalam bersedekah setiap hari, walaupun sedikit tapi istiqamahnya itu menjadikan dia sentiasan melakukan sedeqah itu sehingga keakhir hayatnya.

Bagi setiap amalan itu dia ada tangga keutamaannya iaitu awlawiyat. Kita perlu ada ilmu dalam perkara ini agar tahu tahap mana ibadat keutamaan yang perlu kita dahulukan. Seperti solat terawikh yang sunat harus didahulukan atau solat maghrib berjemaah yang perlu di beri keutamaan. Ada orang yang beria2 melakukan sunat terawikh sedangkan solat fardhu langsung diabaikan. Ini kerana ilmu tidak ada dalam dirinya, semuanya kerana mengikut tuntutan nafsu yang tidak diajar dengan ilmu.

Seperti bersedekah, kita selalu bersedekah kepada orang2 yang jauh seperti dipalestine syria dan sebagainya. Akan tetapi adalah lebih awla diberikan kepada orang yang lebih dekat dengan persekitaran kita agar yang dekat2 itu dapat dibantu sebelum kita pergi kepada yang lebih jauh. Oleh itu ilmu ibadat keutamaan itu perlu dipelajari agar setiap ibadat itu terletak betul pada tempat yang sepatutnya.

Dan akhirnya setiap amalan kita itu hendaklah akhirnya tunduk kepada Rabbil Jalil. Kita lakukan semua suruhan dan tinggalkan semua laranganNya agar semua amalan kita itu atas kerana ketaqwaan. Kita solat tak tinggal, tapi aurat tetap tidak ditutup. Ini tidak menepati ciri2 ibadat itu yang sebenarnya dimana ketakutan kita kepada Allah itu yang menjadi tunjang dalam setiap amalan kita dan bukan ikut2an itu yang kita lakukan. Oleh itu ilmu adalah amat penting agar setiap amalan kita itu diredhai dan diberkati serta ditingkatkan kualitinya agar akhirnya kita mendapat keredhaan Allah swt Tuhan Pencipta Sekelian Makhluk.

Saturday, July 13, 2013

Tazkirah ramadhan malam ke5

Ibadah sbg satu modal untuk kita mendapatkan syurga Allah swt diakhirat nanti.  Apabila datang bulan ramadhan, para ulamak menganjurkan saling nasihat menasihati sesama kita agar diri itu terus diperingatkan dengan amal makruf dan nahi munkar.

Terdapat golongan diakhir zaman yang hanya mahu mengikut perkiraan dunia dari mendekatkan diri dengan para ulamak. inilah yang Baginda saw sebutkan 1400 tahun yang lalu dan ianya benar pada ketika ini. DENGAN itu Allah jatuhkan 3 bala -

1-Allah mengangkat kebetkatan dari setiap kehidupan mereka dalam setiap gerak geri mereka. Natijah dari adalah menggambarkan agar kita lebih rajin mendekatkan diri dengan ulamak. Dengann mendekatkan diri pada ulamak, keberkatan akan Allah beri kerana dengan mendekatkan diri dgn ulamak, banyak ilmu akan kita gali yang akhirnya diri kita akan mengerjakan setiap ibadat itu berdasarkan ilmu yang kita dapati dari ulamak2 itu.

2- Allah akan bangkitkan keatas mereka pemerintah yang zalim yang melakukan banyak kezaliman. Itu yang banyak terjadi didunia ini seperti yang berlaku di syria dan sebagainya. BEGITU sekali bala yang Allah beri kepada yang menjauhkan diri dari ulamak.

3-  Mati dalam keadaan tidak ada iman disebabkan menolak ulamak dalam kehidupan mereka nauzubillah. Begitu Allah mencabut nikmat iman dari hamba2Nya yang menolak ulamak dalam setiap kehidupan mereka seharian dan akhirnya mati dalam keadaan kufur engkar.

Ilmu jika ianya masuk dalam hati, ianya pasti akan mencerahkan hati kita dalam menerajui dunia ini.Jika ilmu itu tidak masuk dalam hati, maka hati ini akan menjadi gelap dan sesat dalam perjalanan menuju akhirat. Dengan ilmu ini, ianya akan menghilang sifat riak, wujub, bongkak dan sebagainya disebabkan cahaya ilmu yang masuk kedalam hati kita.

Ada juga Allah berikan cahaya ilmu kedalam hatinya, menjadikan dirinya bongkak dan takabbur. Ilmunya itu telah menyesatkan dirinya seperti yang berlaku dalam agama paling jijik iaitu syiah.

Thursday, July 11, 2013

Tazkirah ramadhan malam ke3

Pahala berkunjung untuk memoelajari ilmu lebih besar pahala dari solat sunat 100 rakaat. Inilah besarnya mempelajari ilmu berbanding dengan solat sunat. OLEH ITU siri tazkirah diantara solat terawikh itu adalah perkara yang lebih afdhal berbanding tiada siri tazkirah antaranya kerana menambah ilmu diantara keduanya didalam bulan ramadhan.

Mempelajari ilmu terutama mempelajari ilmu alquran akan menambahkan tahap ilmu kita kepada Allah dan akan menjadikan dirinya lebih bertaqwa dan memahami apa yang dikerjakan. Dengan memahami makna2 alquran itu akan menjadikan kita merasai apa yang Allah katakan didalam Alquran.

Program yang diadakan dibulan ramadhan ini disusun oleh Allah dan bukan ditunjuk oleh manusia. Antara program yang Allah anjurkan adalah berpuasa, membaca alquran, solat terawikh, tahajjud, bersedekah dan pelbagai amalan2 yang digalakkan akan mendapat ganjaran yang Allah susun dengan jumlah pahala yang diberikan amat berganda2. Ramadhan merupakan madrasah tarbiyah yang Allah jadikan sebulan shj setahun. SETIAP SAATnya itu amat berharga dan amat rugi jika tidak dilakukan didalamnya.

Orang yang bertaqwa apabila dia bangun untuk bersahur dia akan beristigfar memohon keampunan kepada Allah. Inilah ciri2 orang2 yang bertaqwa yang menjadi insan kesayangan Allah. Juga mendirikan qiam ditengah malam dibulan ramadhan adalah amat dianjurkan sehingga Allah memberi keampuanan kepada makhluk yang memohon kepadaNya.

Pahala sunat dibulan ramadhan menyamai pahala fardhu dibulan yang lain.Begitu sekali Allah memberi ganjaran kpd hambaNya yang Dia yang Maha menyayangi dan mengasihani.

Wallahuaklam

Wednesday, July 10, 2013

Tazkirah ramadhan

Ramadhan datang sekali setahun dengan pakej yang amat menarik untuk dirasai. Apa perkara yang amat besar disebalik ibadah puasa itu ? Seperti ibadah solah dimana ianya mencegah dari perkara keji dan mungkar. Oleh itu Allah menyuruh kita berpuasa atas kerana dengan berpuasa itu moga2 kita menjadi orang yang bertaqwa. Untuk mendapatkan taqwa itu banyak perkara yang Allah suruh kita lakukan, dan antaranya adalah berpuasa seperti yang dinyatakan dalam didalam surah albaqarah.

Untuk mendapat taqwa  ini bukan perkara yang mudah, firaun, namrud dan qarun yang mendapat kelebihan yang Allah berikan tetapi Allah tidak berikan taqwa dalam pemberiannya menyebabkan mereka2 itu hanyut dalam kebinasaan.

Bagi orang yang bertaqwa, kedatangan ramadhan ini menjadikan hati kita seronok. PARA sahabat Baginda saw ,menunggu ramadhan ini bermula dari bulan rejab lagi. INi Menunjukkan betapa taqwa mereka itu begitu kuat dan menjadikan jiwa2 mereka insan terpilih oleh Allah.

Perkara utama ramadhan ini ada 3 iaitu  PUASA , BANGUN (solat terawikh), dan juga ALQURAN (menyelidiki Alquran dan menghayatinya).

Ramadhan merupakan madrasah yang mengajar erti keimanan, kefakiran, kesungguhan, menjaga mulut dan telinga serta mata dan menjaga syahwat agar menepati ciri2 ramadhan yang dikehendaki oleh Allah. Ramadhan bukan setakat hanya menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri dari perkara yang dilarang oleh Allah swt.

Ramadhan juga mengajar kita menyelidiki alquran seperti mana imam syafie khatam alquran sebanyak 60 kali, yakni khatam 2 kali sehari. BETAPA ramadhan itu membangkit semangat orang2 yang bertaqwa dengan kekuatan yang luar biasa yang Allah berikan kepada orang 2 yang beriman dan bertaqwa.

Setiap saat didalam ramadhan adalah waktu yang penting dan waktu yang prime sifatnya. Setiap kebaikkan yang dilakukan didalam bulan ramadhan ini mendapat ganjaran yang tinggi dari Allah berbanding pada bulan2 yang lain.Dengan disiplin yang tinggi mampu menjadikan ramadhan ini amat bermakna buat iman kita insyaAllah.