Tafsir surah Yusof.
Kisah godaan yg terjadi kpd Nabi Yusof.
Ketika Baginda Nabi Yusoff dipenjara, maka raja ketika itu bermimpi yg berkenaan dgn kisah lembu itu.Hingga nabi Yusoff mentafsirkan mimpi raja itu sehingga terselesainya masalah ekonomi negara itu.
Ketika raja memanggil Nabi Yusoff utk mengadap sehingga Nabi Yusoff tidak mahu berjumpa.Nabi Yusoff tidak mahu keluar dr penjara kerana kesabaran yang amat tinggi.Baginda tidak mahu keluar dr penjara kerana kesian,tetapi atas dasar maruah yg telah mencampakkan Baginda kedalam penjara disebabkan fitnah oleh isteri menteri yg cemburu dgn kekacakkan nabi Yusoff.
RAJA sendiri tidak mengetahui akan kes Nabi Yusoff yg sebenarnya.Lalu raja itu terperanjat krn Nabi Yusoff ini sebenarnya dizalimi oleh isteri menteri.Lalu dipanggilnya semua org2 yg terlibat dipanggil oleh raja itu.Lalu perempuan yg menfitnah Nabi Yusoff itu mengaku akan kesalahan yg dilakukan lalu mengaku dihadapan raja itu.Inilah keberkatan seorang yang sabar dgn fitnah yang terjadi hingga org yg menfitnahnya itu tunduk dgn kebenaran. Dan memang benar akan Nabi Yusoff itu orang yang dipercayai.
Berkenaan dgn nama perempuan yg menggoda Nabi Yusoff itu tidak diceritakan dlm sejarah Nabi Yusoff.Spt yg diceritakan dlm sejarah bhw Nabi Yusoff berkahwin dgn Zulaikha itu berdasarkan kisah dr kisah israeliyat yg bersumberkan dr kisah kitab bible yg brcampur baur ketulinannya.
Ini memperlihatkan bhw apabila nafsu itu sudah menguasai diri tak kira lelaki mahupun wanita,memang sukar utk kita mengatasainya melainkan hanya Allah shj yg boleh memberi hidayah dan inayahNya kpd hambaNya.
Natijah dari cerita itu adalah bhw dosa fitnah itu hanya mampu dibayar melalui ampunan dr org yg difitnah.Jika tidak maka kita takuti akan menjadi muflis diakhirat sana disebabkan dosa menfitnah ini.
Taubat seorang hamba kpd Allah adalah suatu perkara yang amat disukai oleh Allah pencipta kita.Oleh itu taubat yang sebenar2 itu adalah suatu yang amat ditunggu oleh Allah agar kita kembali kejalanNya.
0 comments:
Post a Comment