Sunday, February 24, 2013

Masjid merbau sempah

Fiqh al awlawiyat.
Keutamaan dalam setiap pertimbangan syariat masa kini.

Membincangkan perbandingan2 dan masalah2 yang menyebabkan kemaslahatan kepada masalah ummah,
Melalaikan kpd permasalahan fardhu kifayah oleh umat islam menyebabkan umat islam semakin mundur dan tidak lagi disegani oleh golongan bukan islam. Contoh dlm menguasai teknologi ketenteraan yg umat islam langsung tidak ada keterlibatan didalamnya menyebabkan benteng2 negara islam begitu rapuh kpd serangan musuh2 islam spt kisah dipalestine dan juga syria.

Ulama2 yang takut kpd Allah adalah ulama2 yang mengkaji ilmu2 sains spt ilmu geography, ulamak sains hayat dan semua ilmu yang selain ilmu agama adalah golongan2 yang nampak kehebatan Allah dari perpekstif penciptaan setiap makhluk oleh Allah swt selain drpd ulamak2 pondok yang ramai didalam masyarakat kita.. umat islam amat memerlukan keilmuan ilmu fardhu kifayah kerana keperluan kemaslahatan umum itu perlu dilunaskan oleh orang islam yang lain. Kita memerlukan doktor pakar dalam merawat umat islam, pakar kaji cuaca muslim yang meramalkan keadaan cuaca semasa dan kesemua ilmu itu perlu kita terokai agar tuntutan Fardhu kifayah itu akan memberi kekuatan kpd kehidupan umat islam keseluruhannya.

Imam ghazali mengkritik golongan ulamak ketika zamannya yang tidak mempelopori ilmu sains dan sbgnya dan hanya fokus kpd ilmu fardhu ain yg berbentuk keagamaan dan hanya tinggal seorg pakar kedoktoran dizamannya yg menjadi tempat rujukkan umat islam ketika itu dan org dirujuk itu pula seorg yahudi.

Sheikh yusof qardhawi menyatakan bahawa ramai org islam ini malas utk bersolat, hanya mementingkan rukun silam yg lain spt berpuasa dan berzakat tetapi solat langsung tidak mahu dilakukan mahupun jarang2 dilakukan. Ramai mementingkan keperluan rukun islam terutama berpuasa atas kerana memgikut persekitaran yg ada dan solat itu dirasakan tidak penting kerana ianya seperti satu alternatif baginya. Penguatkuasaan dlm bab solat ini perlu dilakukan agar kehidupan umat islam itu dapat dirasakan dgn masjid2 menjadi pusat setempat utk masyarakat bermuamalat dan bersosial dgn masjid sbg lambang kesatuan umat yang hebat.

Kebanyakkan umat islam bnyk memberatkan perkara2 sunnah dan tidak kpd perkara2 yang fardhu. Ini sperti mementingkan perkara2 kecil sedangkan keperluan yg lebih besar dan lebih utama dari yg lain tidak diangkat terlebih dahulu berdasarkan keperluan umat. Juga para ualamak2 dan guru2 yg mementingkan amal ibadat sunat spr berzikir,bertasbih dan berselawat tetapi tidak kpd perkara wajib dan fardhu spt keperluan kpd ibadat berjemaah, mengikuti majlis ilmu, berjidah dan sebagainya. Mereka juga mendahulukan perkara2 cabang dan ranting dan tidak lagi kpd perkara2 besar dan keutamaan yg lebih penting.

Kebanyakkan kita lebih memerangi utk perkara2 makruh dan subahat sdgkan perkara makruh itu bukan bermaksud Allah benci, itulah pemikiran kita ketika ini sedangkan perkara2 yg haram dan terang batilnya tidak diperangi disebabkan kepentingan2 tertentu.

0 comments:

Post a Comment