Friday, February 22, 2013

Masjid assobirin taman permata

Tafsir surah albaqarah ayat 1 dan 2
-diawal ayat ini menerangkan akan kompas kehidupan dimana alquran adalah rujukkan yang semua umat manusia wajib mengikutinya.
- ciri utama org2 bertaqwa adalah percaya kpd prkara2 ghaib terutama yang terdapat didalam rukun iman yang enam itu. Ini berbeza dgn cara sains bekerja dimana seeing is believing sedangkan rukun iman tidak dapat dicapai oleh deria manusia. Oleh itu kepercayaan kepada perkara ghaib ini adalah menjadi rukun dalam kita mencapai rukun iman itu dan menjadi orang yang bertaqwa.
-  spt yang Allah terangkan didlm surah an'am bhw jika Allah bongkarkan rupa malaikat dan semua perkara ghaib sekalipun , manusia tetap juga tidak beriman. Oleh itu Allah membezakan antara org2 beriman dgn tidak ialah pada kepercayaan mereka pd perkara ghaib.
- untuk menjadi seorang saintis, kita sebagai umat islam wajib menkaji alquran terlebih dahulu agar tidak tersesat dalam kepercayaan yang dicipta oleh sains nanti. Dalam ilmu saintis, kita akan menjadi percaya kepada sesuatu fakta itu disebabkan oleh deria yang dapat menerima kewujudan fakta tersebut sdgkan Allah mengatakan bahawa dengan kercayaan tersebut shj tidak cukup dalam menjadi seseorang yang bertaqwa.
- setiap kejadian yang berlaku dihadapan kita itu haruslah diambil iktibar agar kita mensyukuri segala kejadian yang menjadikan kita lebih baik dari yang sebelumnya. Kerana setiap kejadian yang berlaku itu memberi kita masa berfikir akan kebesaran Allah dalam menentukan semua kejadian yang berlaku dan kita jadikannya sebagai batu loncatan dalam kita mengubah pendirian kita menjadi lebih naik dari sebelumnya.
- Dalam kita mengubah pendirian kita seharian itu menjadi lebih baik kpd Allah agar setiap permintaan kita kpd Allah dimakbulkan.Jika Allah masih tidak makbulkan permintaan kita, maka hendaklah kita meningkatkan tahap keimanan kita kepada Allah dan jangan dipersoalkan bila Allah akan kabulkan permintaan kita  kerana Allah shj yang mengetahui bila dan dimana permintaan itu akan dimakbilkan.
- orang yang bijaksana adalah bukan orang yang mempunyai tahap pembelajaran yang tinggi tetapi adalah orang yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dimana sahaja kita berada.
Selalu berzikir kepada Allah dlm semua keadaan, bukan bermaksud berzikir spt yang biasa kita lakukan, tetapi mengingati Allah dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan prkara yang dilarang juga dikatakan sebagai zikir. Setiap yang kita lakukan seharian itu semua berpaksikan kepada suruhan Allah dan meninggalkan yang dilarang itulah juga bermaksud berzikir.
- mencari yang halal dan tidak berlebih2an dlm setiap perkara merupakan zikir perbuatan yang dituntut oleh Allah dlm penghidupan kita seharian. Itulah zikir yang terbaik bg setiap org yg bertaqwa.
- orang2 yg beriman itu bila disebut nama Allah akan bergetar hati2nya tanda taqwa akan kekuasaan Allah. Dan mengikut semua peraturan Allah adalah dipanggil zikir.

0 comments:

Post a Comment