Thursday, February 21, 2013

Masjid bandar kinrara

Manusia dilahirkan takut dengan mati. MATI ITU adalah hak Allah dan hanya Allah sahaja yang mengetahui tarikh mati kita semua. Oleh itu rukun iman berkenaan qada dan qadar itu menjadi wajib untuk kita percaya.

Oleh itu kita h3ndaklah sentiasa berwaspada dgn kematian ini dan sentiasa bersiap sedia dengan amal dan bekalan keakhirat nanti. Ilmu kematian itu tidak diberitahu sedikitpun oleh Allah wpun kita menjadi pakar dalam bidang perubatan sehinggakan ilmu kita itu langsung tidak dapat menjangkakan kematian seseorang itupun.

Bila roh keluar dari jasad maka semua saudara mara akan meratapi kehilangan diri kita. Bagi org2 yang hidup, mereka semestinya akan berdoa agar nyawa mereka dipanjangkan agar mereka dapat menjalankan kebaikan dan bersedekah sebanyak mungkin.Juga yg hidup akan membincang akan harta peninggalan simati yang perlu dibahagi2kan.

Betapa hebat diri kita ini akan pasti dan sememangnya pasti ialah kematian itu adalah akan menjelma terhadap semua diri yang bernyawa.Betapa samseng dan gagah sekalipun pasti akan dicabut nyawanya pd tarikh yg dia pun tidak tahu. Sebab itulah kita wajib menyegerakan taubat dan berlaku baik kerana kematian itu adalah rahsia Allah. Ditakuti kita mati dijalan yang penuh maksiat dan akhirnya kita menjadi orang merugi.

Kematian kita itu tidak berhenti setakat itu sahaja.Perjalanan kita dikubur akan menanti kita didalam bumi itu dimana segala macam seksaan akan dikenakan jika kita bukan orang yang beriman dan kubur itu menjadi syurga sementara buat yang beriman. Ibarat qarun yang mempunyai kekayaan yang melampau2 akan tetapi tetap mati juga akhirnya.

Bermula dari kita diciptakan dengan persenyawaan dua air mani, hinggalah tarikh kita dimatikan semua itu sudah tertulis diluh mahfuz. Betapa kita takut dilahirkan Allah tetap lahirkan, betapa kita takut menghadapi mati, Allah tetap matikan kita berdasarkan amalan yang kita bawa.jika baik amalannya insyaAllah baiklah cara matinya dan begitu juga sebaliknya.

Banyak manusia tidak bersyukur bila diberi kenikmatan dunia ini dan akhirnya angkuh dengan harta yang semntara itu. Berapa ramai orang bersabar dengan ujian Allah ini akhirnya Allah beri semula kenikmatan dunia ini bila keadaan dirasakan elok untuk orang yang diduga itu. Hanya insan2 yang berilmu dan beramal soleh sahaja yang  memahami situasi begini dan bagi orang yang tidak berilmu pasti akan kecewa dengan takdir kesusahannya didunia ini.

0 comments:

Post a Comment