Thursday, January 31, 2013

Masjid kampong medan

Agama itu adalah nasihah. Nasihat kpd  kita berkenaan kelahiran Baginda yang mampu merubah dari kejahilan kepada keilmuan. DENGAN jumlah Rasul yang amat banyak,cuma 25 Rasul yang wajib diketahui yg banyak diberi cabaran oleh Allah swt dengan risalah yang sama iaitu mengabdikan diri hanya kpd Allah dan menjauhkan diri drpd taghut.

Setelah Rasulullah Saw tiada,bagaimana kita menyambung tugas2 Baginda setelah itu. Ulamak2 mengilhamkan bhw hendaklah kita menceritakan kisah2 Baginda saw agar keberlangsungan tugas Baginda itu disambut oleh kita sebagai penyambungnya hingga kehari kiamat.

Sebelum kedatangan Nabi saw, perkara kemungkaran menjadibudaya yang kuat dikalangan umat manusia khasnya umat arab yang tenggelam dalam dunia yang penuh nafsu.
Jarak diantara Baginda saw dan nabi Isa adalah lebih kurang 571 tahun, dgn jarak yang sgt jauh itu menjadikan manusia semakin jauh dr kebenaran disebabkan kekurangan ilmu mahupun dihalang utk berilmu dan menjadilah mereka itu jahil dan timbullah zaman yg dipanggil zaman jahiliyah.

Kerana itulah Allah turunkan Junjungan Besar kita Muhammad Saw utk membetulkan kesemua kejahilan yang berlaku ditanah arab ketika itu.Kerana sayangnya Allah kpd kita sebagai hambaNya yang lemah ini, maka diberiNya rasulullah Saw buat kita agar dipandu jalan yang benar keakhirnya.

Kedatangan Baginda saw kedunia ini adalah untuk mengesakan Allah oleh sekelian alam yang ada dialam semesta ini,baik utk orang2 yahudi mahupun nasrani mahupun agama2 karut yang lain.Tugas Baginda saw adalah membawa semua manusia yg jahil dan lalai itu kpd Allah semula dan menjadi insan yang bertakwa dan membesarkan Allah swt semata2.

0 comments:

Post a Comment