Monday, February 20, 2012

tafsir alquran

Pertanyaan Allah.'adakah susahnya penciptaan langit itu satu kesusahan bagi Allah atau kesusahan bg manusia'langit itu suatu penciptaan yg amat hebat dan kita sebagai manusia tidak tahu apa hakikatnya langit itu.Bagaimana nabi Muhamad saw berisrak dan mikraj kelangit ketujuh tanpa sebarang peralatan tambahan.Itulah mukjizat yang Allah beri pada Baginda.


Bagaimana Allah hilangkan siangnya dan Allah datangkan gelapnya.Bagaimana penciptaan ini begitu elok tanpa sebarang kecacatan sejak dari dahulu lagi.Adakah kita tidak memikirnya?Allah tidak langsung sukar utk mencipta segala makhluk yg ada didunia kerana Allah dgn hanya berkata 'KUN FAYAKUN`maka terjadilah ia dgn kehendak Allah.


Allah jua yg terbitkan matahari utk mengeluarkan terang dan menghilangkan matahari utk menimbulkan kegelapan.Allah menciptakan bumi yang luas terbentang dan diletakkan segala macam makhluk diatasnya.Juga diciptakan bukit bukau itu untuk kesenangan semua manusia serta binatang2 ternak.


Allah itu berkuasa mnghidupkan orang2 yang telah mati diakhirat nanti.Bermula dari kejadian manusia hinggalah keakhir zaman nanti pasti akan dimatikan dan kemudiannya dihidupkan semula dialam akhirat.Semuanya itu dalam pengetahuan Allah azzawajalla.


Apabila manusia itu dimatikan,maka jasadnya akan dikuburkan ditanah dan akan menjadi santapan cacing dan ulat sedangkan rohnya tetap hidup tetapi hidup dialam barzakh yakni alam penantian utk menanti saat2 kiamat itu datang.Penghidupan didalam kubur ini tidak siapa pun mengetahui.Tempoh utk hari kebangkitan itu dinanti oleh semua makhluk terutama makhluk manudia ini.


Yang membezakan setiap roh dialam barzakh otu tertakluk kpd amalan2nya didunia ini.Roh juga terus bersolat spt dialam dunia kerana memuliakan Allah sbg Tuhan rabbul alamin.Tetapi setiap kebaikan yg dilakukan dialam barzakh tidak akan dikira kerana segala amalan hanya dikira ketika dialam dunia shj.Amalan yg dikerjakan dialam barzakh itu sbg kesinambungan amalan baiknya yg dilakukan didunia ini.


Allah mengkhabarkan kpd manusia akan 2 jenis keadaan iaitu manusia yang lari dari jalan Allah dan manusia yang berada atas jalan Allah.Bagi manusia yg hanya memikirkan dunia,segala kejahatannya akan dilakukan oleh manusia itu demi mengejar segala macam jenis kenikmatan dunia tanpa mengira halal dan haramnya asalkan ia mendapat apa yg diingini.


Bagi manusia yg berada diatas jalan Allah,dia akan sentiasa mengikuti perintah dan larangan Allah.Dia bertekad utk mengawal nafsunya serta sentiasa mencari ilmu Allah utk dirinya menempuh hari yg mendatang.Tanpa ilmu yg bermanfaat,pasti diri kita akan sentiasa dilalaikan oleh nafsu yg tidak diajar dgn ilmu Allah.


Semoga bermanfaat


Nusa subang

20.2.2012


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Post a Comment