Wednesday, February 22, 2012

Petunjuk hadis

Kita semua layak utk mandapat sbg wali Allah dgn melakukan perkara yg wajib serta perkara yg sunat.Contoh wajib adalah spt solat 5 waktu dengan meningkatkan kadar kekhusyukkan kita kpd Allah SWT.

Allah amat murka dgn orang yg solat tapi ianya solat yg lalai.Berilah fokus kpd Allah dgn belajar utk khusyuk didlm solat.


Inilah melambangkan kecintaan kita pada Allah SWT.Iman kita harus ditingkatkan setiap detik agar hubungan kita dgn Allah menjadi semakin rapat dan mesra.Apabila iman kita semakin meningkat,maka makam para wali Allah boleh kita capai dengannya.


Yang dikatakan sbg wali Allah itu adalah orang mukmin yg bertaqwa.Dengan menghadiri majlis ilmu sahaja akan dimudahkan Allah utk memasuki syurgaNya.Begitu sekali Allah meraikan hambaNya yg ingin mencapai darjah iman yg tinggi dengan mempelajari ilmu dimana2 yg dia pergi.


Sunnah Rasulullah SAW adalah antara perkara yg boleh meningkatkan kadar iman kita.Bnyk perkara yg mnjd sunnah Nabi yg boleh kita lakukan baik dgn isteri,anak2 mahupun dgn sahabat handai kita.Setiap perlakuan yg kita lakukan dgn niatkan kpd Nabi SAW akan mendpt pahala yg setimpal malah tak terfikir akan ganjarannya melainkan ketika kita disana nanti.


Menuntut ilmu Allah,akan Allah campakkan sakinah (ketenangan) kpd hamba itu seperti kita kemasjid menunaikan fardhu solat pasti akan mendpt ketenangan spt yg dijanjikan oleh Allah.Allah juga akan memberi RahmatNya kpd sesiapa yg memakmurkan rumahNya sentiasa.Malaikat juga akan memayungi kita ketika kita menuju kemasjid.Allah akan mencatit nama kita sebagai ahli syurga kpd sesiapa yg menuntut ilmu kerana mencari redha Allah.


Ilmu dan amal adalah dtg sekali dan dibaca sekali.Walaupun kita ada ilmu tetapi tidak kita amalkan adalah tidak mmberi sbrg makna dan begitu juga sebaliknya.Karamah adalah perkara yg luar biasa yg Allah beri kpd org awam spt kita ini yg alim serta beriman.untuk mndptkn karamah itu,kita perlu mmpunyai ilmu agar setiap amalan kita itu diredhai dan akhirnya mnjdkn iman kita brtambah hebat.

.Sedangkan mukjizat hanya diberi kpd nabi dan Rasul atas sifat mereka sbg pesuruh Allah.

Sihir pula merupakan perkara ajaib yg dilakukan oleh manusia hanya utk merosakkan sesama manusia.Ilmu sihir ini adalah perkara yg diajar oleh syaitan utk merosakkan iman kita semua kerana akhirnya kita menganggap bahawa ada kuasa lain yg boleh menandingi kuasa Allah.


Perkara yg diperbincangkan diatas ini adalah perkara yg bersangkutan dgn ilmu tasauf iaitu ilmu mengenal Allah dan mendekatkan diri kita kpdNya.Apabila kita dapat memgenal Allah dgn sedekat2nya pasti kita akan merinduNya dan akan mnyebabkan solat kita semakin berkualiti dan khusuk yg luar biasa.Selangkah kita mendekatkan diri pd Allah,10 langkah Allah akan mendekati kita.


Ilmu tasauf itu adalah perkara berkenaan bagaimana utk kita mencintai Allah yg diajar oleh Nya dan juga diajar oleh Nabi Muhammad SAW.Segala ilmu ini akan membuatkan kita memahami kenapa dan apa tujuan setiap ibadat kita itu kpd Allah.Yang pastinya semua itu akan melahirkan perasaan ikhlas dimana dgn keikhlasan itu akan mnyebabkan kemanisan ibadat itu dpt dirasai.insyaAllah


Wallahuaklam


Semoga bermanfaat


Masjid 19 subang jaya

22.2.2011


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Post a Comment