Monday, February 27, 2012

AKHIRAT ADALAH KEHIDUPAN KITA

Diceritakan bahawa ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun kelaut untuk memukat ikan. Apabila melabuhkan pukat maka sikafir ini pun menyebutkan nama Tuhan berhalanya dan hasilnya ia telah mendapat tangkapan yang banyak. Berlainan pula dengan nelayan yang mukmin ini, bila ia melabuhkan pukatnya maka ia pun menyebutkan nama Allah dan hasilnya tidak ada seekor ikan pun yang tersangkut kedalam pukatnya sekalipun ia telah memukat dari pagi hingga kesenja.
Maka pulanglah orang mukmin ini dengan tidak membawa sebarang tangkapanpun, namun ia tetap bersabar serta reda dengan apa yang telah Allah takdirkan. Sedang nelayan kafir ini telah membawa pulang bersamanya berbakul-bakul ikan. Melihat akan hal ini maka malaikat yang bersama nelayan mukmin merasa simpati diatas nasibnya maka ia pun naik ke langit dan mengadu pada Allah.
Allah lalu memperlihatkan kepada malaikat tempat yang telah disediakan olehNya kepada nelayan mukmin tersebut iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat, "Demi Allah sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan didunia ini jika ia telah mendapat tempat di Syurga Allah. "Setelah itu Allah menunjukkan pula tempat si nelayan kafir kepada malaikat. Berkata malaikat, "Alangkah malangnya nasib si kafir, sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah ke Neraka Jahanam juga.

Dari kisah diatas boleh dihuraikan bahawa kehidupan dunia yang Allah Taala ciptakan ini bukan kehidupan yang sebenar.Segala yang ada diatas dunia ini adalah bersifat sementara belaka.Sekiranya Allah Taala jadikan kehidupan dunia ini sebagai kehidupan yang sebenar nescaya Allah Taala tidak mengurniakan walau sedikit pun rezeki kepada orang kafir.Seseorang yang Allah Taala kurniakan kesenangan atau kemewahan didunia ini tidak semestinya kesenangan atau kemewahan itu juga akan dikurniakan kepadanya diakhirat.Begitu juga dengan kesusahan atau kesempitan didunia ini tidak semestinnya akan berkekalan sampai keakhirat.Segalanya bergantung kepada keimanan dan amalan seseorang itu semasa hidup didunia.
Allah Taala telah meletakan kejayaan yang sebenar ialah didalam kehidupan akhirat iaitu didalam syurga Allah Taala yang penuh dengan kenikmatan.Manakala Allah Taala ciptakan didunia ini sebagai ujian dan dan sebagai tempat untuk manusia beribadah kepada Allah Taala .Lalu Allah Taala sempurnakan balasannya samaada kebaikan atau keburukan diakhirat nanti mengikut kadar apa yang telah diusahakan didunia.
Allah Ta'ala membuat perumpamaan tentang kehidupan dunia dalam AL-Quran: "Dan buatlah mereka perumpamaan kehidupan dunia, sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit (awan) dan kerananya tumbuh-tumbuhan di bumi ini menjadi subur, kemudian itu dia menjadi kering, diterbangkan angin" (QS. Al Kahfi: 45).
Namun begitu Allah Taala tidak memerintahkan manusia mengejar keuntungan akhirat semata mata kerana kejayaan akhirat itu bertitik tolak dengan kejayaan kehidupan didunia.Orang yang Allah Taala kurniakan kepadanya kesenangan atau kemewahan didunia ini kemudian ia menyedari bahawa ia adalah kepunyaan Allah Taala lalu ia menginfakkan pada jalan Allah Taala maka kepadanya balasan pahala yang besar sebagaimana firman Allah Taala didalam Al Quran
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya"(QS. Al Baqarah 261).
Manakala sesiapa yang Allah Taala mengujinya dengan kesusahan,kesempitan atau apa sahaja yang tidak disenanginya lalu ia bersabar,Allah Taala akan mengurniakan dengan balasan yang lebih baik daripada amalnya dan melipatgandakannya tanpa terhitung. Firman-Nya.
"Artinya : Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas". (Az-Zumar : 10)
"Artinya : Dan, sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan". (An-Nahl : 96).
Semuga sama2 diambil menjadi pedoman semasa melayari bahtera kehidupan ini didalam mencari keredaaNya.Segala yang baik datang dari Allah dan yang tak baik itu adalah dari kekurangan diri saya sendiri ,oleh itu saya mohon kemaafan kerana sebagai manusia biasa tak sunyi dari kesalahan.Wasalam

0 comments:

Post a Comment