Asas2 tauhid.
Sifat2 Rasul.
Rasul itu bersifat maksum- apakah semua rasul itu tidak melakukan sebarang kesalahan, spt kisah Adam yang memakan buah yang dilarang oleh Allah disyurga. Adakah itu satu kesalahan yang dilakukan oleh para rasul itu.
- ulamak mengatakan bahawa kejadian Adam yang memakan buah khuldi itu disebabkan terlupa ataupun terlalai diganggu oleh syaitan yg sering mengganggunya.
- juga sebagai hikmah akan kejadian manusia didunia ini untuk berkembang biak seperti kita pada hari ini..
- banyak kejadian2 para Rasul yang maksum itu dapat kita lihat dimana mereka juga melakukan kesalahan, tetapi semua kesalahan itu bukan bermaksud bersalah, tetapi adalah kerana terlupa mahupun tidak ingat yang semua itu Allah sudah ampunkan kesalahan mereka yang dulu kini dan selamanya.
- seperti kisah Nabi Ibrahim yang berbohong dgn raja namrud berkenaan Nabi Ibrahim berbohong berkenaan dgn siapa yang merobohkan berhala2. Adakah itu satu kesalahan?
- juga kisah nabi Musa yang membunuh satu org yahudi secara tidak sengaja. Adakah ini satu kesalahan utk Rasul2 yang maksum?
Kesemua kisah2 diatas itu bukanlah menunjukkan para2 Rasul itu bersalah, akan tetapi sebagi menunjukkan akan keterlupaan mahupun kekurangan yang Allah sudah ampunkan kesalahan mereka para Rasul itu. Kesemua kesalahan yang terjadi pada Rasul2 yang maksum itu adalah sebagai pengajaran dan pertunjuk akan satu keadaan yang lain yang berguna buat kita sebagai hamba Allah yang sentiasa berfikir.
0 comments:
Post a Comment