Wednesday, March 6, 2013

Masjid rahimiah kelang

Dosa paling besar

Mana yang lebih besar dosa antara meninggalkan solat dan berzina:
Seperti diceritakan oleh Baginda saw dalam hadis berkenaan cerita Nabi Musa dengan seorang penzina wanita..dimana bahwa dosa orang yang meninggalkan solat itu lebih besar drpd berzina.
Ibnu Abbas menerangkan bahawa yg dikatakan meninggalkan solat itu bukan meninggalkan solat secara keseluruhannya, tetapi melambat2kan waktu solat atau dibuat dihujung waktunya.
Dan juga tidak solat maghrib sehingga masuk waktu isyak, tidak solat isyak sehingga waktu subuh dan juga seterusnya. Itulah antara tafsiran orang yang meninggalkan solat yang perlu diketahui. Betapa besarnya dosa orang yang meninggalkan solat sehingga boleh dipancung lehernya oleh pemerintah yan memahami.

Kategori syahid
1- syahid dunia
2- syahid akhirat
3- Mati syahid dunia akhirat

Mempertahankan harta,maruah dan keluarga jika meninggal dunia dikategori sebagai syahid. Perempuan yang meninggal dunia ketika melahirkan anak wpun anak zina juga mati syahid.
Mati kemalangan dan sakit disebabkan penyakit2 merbahaya adalah mati syahid.
Syahid ini perlu dimandikan seperti biasa seperti mati orang2 yang lain juga.

Akan tetapi mati disebabkan mempertahankn agama yang suci ini adalah mati syahid dunia akhirat dan mereka tidak perlu dimandikan .

0 comments:

Post a Comment