Saturday, March 16, 2013

Masjid abu ubaidah aljarrah kg medan

Umat nabi Muhammad diberi keizinan untuk meminum air dari kolam Baginda disyurga. Kolam itu mungkin terdapat sebelum titian sirat ataupun selepas titian menjadi perselisihan antara ulamak. Para Nabi memanggil dari umatnya yang dia kenal untuk datang minum dikolam yang disediakan oleh Allah disurga nanti.
Menziarahi kubur Nabi adalah seperti menziarahi Nabi ketika hidup dan ini akan menjadikan Baginda SAW akan kenal kita di akhirat sana. Dengan ini akan dapat Nabi memberi syafaat yg banyak kepada umatnya yang mana umat nabi yang paling banyak adalah umat Nabi Muhammad Saw sepanjang sejarah kenabian seblum ini.
Kolam yang dimaksudkan disurga itu ada ulamak mengatakan bahawa kolam ini 4 segi dan dibuat dr perak. AIRNYA  lebih manis dari madu,lebih sedap dari segalanya dan seteguk air yang kita minum itu akan menghilangkan dahaga buat selam2nya.

Syafaat Nabi itu amat diperlukan oleh orang2 yang bnyk melakukan doss2 besar spt kita ini. Adapun bagi orang2 yang tidak ada dosa seperti ulamak2 hebat,para siddiqin dan sebagainya,mereka ini tidak memerlukan syafaat malah mereka boleh memberi syafaat kpd orang lain jika dikehendaki oleh Allah. Penghafal2 alquran juga Allah beri kelayakan untuk mensyafaatkan orang lain dgn syarat menghafal serta mempraktikkan segala suruhan dan larangan dari Alquran.

Kadar keseksaan yang amat sangat dipadang masyar yang ,mengambil masa beribu2 tahun disana amat menyeksakan. Pada ketika itu maka Allah akan memberi ilham untuk mendapatkan kpd Nabi masing2 untuk mendapatkan pertolongan. Maka seluruh manusia akan pergi kesemua para Nabi untuk mendapatkan syafaat yang mana akhirnya hanya Baginda Muhammad saw sahaja yang mampu memberi syafaat kpd seluruh umat manusia. Dan umat Baginda saw akan dihisab terlebih dahulu berbanding umat Nabi yang lain.

Hendaklah kita selalu berselawat kpd Baginda Saw agar Baginda akan kenal kita diakhirat sana serta wajah orang yg beriman akan dikenal berdasarkan wuduk yang sempurna. Semua anggota wuduk yang dibasuh sempurna akan bersinar diakhirat sana. Solat merupakan perkara pertama yang Allah akan timbangkan sebelum perkara lain dihisab. Oleh itu wuduk yang tidak sempurna akan menjejaskan solat kita.

Nabi Muhammad saw adalah bangsa quraish arab yang mulia.Golongan yang Allah jaga nasabnya dimana akan lahir Nabi yang terakhir. Susur galur Baginda saw bermula dari ayahandanya Abdullah keatas abdul mutalib. Mengetahui susur galur Baginda hingga ke abd manaf itu adalah fardhu ain keatas kita untuk menghafalnya. Jika kita tidak menghafaznya adalah berdosa . Kulit nabi kita itu putih dan kemerah2an.

ASWJ mengiktiqadkan bahawa ayah dan ibu Baginda saw itu juga termasuk dari golongan ahli syurga. Mereka akan dibangunkan nanti utk mengucapkan 2 kalimah syahadah insyaAllah.

Ketika menghadapi saqaratul maut disunatkan bersiwak atau bersugi kerana bersugi itu menyenangkan sedikit nyawa keluar dari badan.

0 comments:

Post a Comment