22.01.2013
Umur yang panjang bermaksud umur yang dipenuhi dgn amal ibadat dan prkara yang bermanfaat sedangkan umur yang pendek itu bermaksud umur yang tidak dipenuhi dengan amal ibadat.
Seperti umur imam nawawi yang mati sekitar umur 50 tahun.Tp berkat ilmu dan amalnya menyebabkan dia seolah2 hidup sehingga kehari ini.Itulah yang dimaksudkan dengan umur yang panjang dimana keberkatan ilmu beliau itu menjadikan beliau hidup tidak mati2.
Sheikh alqardhawi yang masih lagi hidup kehari ini berumur sekitar 86 tahun.Keberkatan hidupnya itu menjadikan dia ulamak yang dirujuk hari ini. Keberkatan hidup inilah yang menjadikan beliau akan hidup selamanya selagi ilmu2nya dirujuk oleh orangselepas itu.
Semua makhluk2 didunia akan mengucapkan selawat kpd orang2 yang mengajar ilmu kpd orang ramai.Jika kita inginkan termasuk didlm doa Nabi,hendaklah kita mengajar kpd sesiapa yang kita mampu walaupun hanya sedikit ilmu yang kita ada itu.Maka itu akan menjadikan diri kita ibarat yang mengajar ilmu kpd orang ramai.
Kelebihan orang yang mencari ilmu Allah ini didunia akan mendapat keberkatan serta setiap langkahnya menuju krmajlis ilmu akan diberi kebaikkan bagi setiap langkahnya itu.Dan barangsiapa yg mempelajari ilmu wpun dalam satu bab, adalah itu lebih baik dari berpuasa 1000 tahun dan solat malamnya selama itu.Begitu tinggi Allah memberi ganjaran kpd sesiapa yang belajar akan ilmu Allah didunia ini.
Rasulullah Saw adalah gedung ilmu dan saidina Ali adalah pintunya,itulah mafhum hadis yang diberitakan dari Baginda SAW.
Antara pesanan saidina Ali karamallahuwajhah
Ilmu adalah pusaka Para Nabi sementara harta adalah pusaka Qarun dan pemimpin yang tamakkan dunia.
Ilmu akan menjaga kita sedangkan harta,kita yang akan menjaga ia selamanya.
Beza ibadat orang berilmu dangan orang yang tidak berilmu itu lain ganjarannya dari Allah.
Orang yang banyak harta itu banyak seterunya dan orang yang banyak ilmu itu ramai taulannya.
Harta yang kita nafkahkan akan susut,sedangkan ilmu itu kita nafkahkan kpd orang lain akan bertambah pula.
Harta penyebab digelar dengan kata bakhil dan kedekut sedangkan orang yang berilmu itu akan digelar dengan gelaran yang mulia.
Harta hendak dijaga dari pencuri sedangkan ilmu tidak perlu dijaga dari pencuri.
Empunyai harta akan dihisab dihari kiamat sedangkan orang yang berilmu akan memberi syafaat kpd orang yang memilikinya.
Harta binasa dimakan masa sedangkan ilmu tidak akan dimakan oleh masa malah dapat menghindar kita dari nyanyuk dan giler.
Harta mengeraskan hati dan ilmu itu melembutkan hatinya.
Harta itu menyebabkan kita menjadi ketuhanan kerana dilalaikan oleh harta sedangkan ilmu menjadikan pemiliknya menjadi kehambaan tunduk kepada Allah.
Wallauhaklam
0 comments:
Post a Comment