Monday, January 14, 2013

Tazkirah @ masjid lindungan

Barangsiapa yg datang kemasjid kerana tujuan utk belajar mahupun mengajar seperti pahala berjuang dijalan Allah.

BARANGSIAPA yg berjalan utk menuntut ilmu,maka Allah akan menyediakan jalan kesyurgaNya.

Cintakan Rasul junjungan itu hendaklah berterusan tanpa dihalang dgn masa dan waktu.Mesti mengikuti jalan / manhaj Baginda junjungan dalam setiap pergerakkan kita seharian.

Bagaimana melihat satu2 amal itu diterima oleh Allah adalah apa kebaikkn yg dilakukan selepas sesuatu kebaikkan. Jika bertambah sesuatu kebaikkan selepas satu2 kebaikkan,in sya Allah amalan itu diterima oleh Allah.

8 halangan dalam kita mendekati diri kpd Allah.

1-bapak2 kamu - spt kisah Nabi Ibrahim dan pak saudara Nabi Muhammad SAW.
2-Anak2 kamu - kerana anak2 kita menanggung dosa2 dan tidak dpt menjalani kehidupan beragama yg sebenar.Spt kisah Nabi Nuh dgn anak dan isterinya yg kufur.
3- Adik beradik kamu - spt kisah Nabi Yusof dgn adik beradiknya yg tidak bersamanya.
4- Isteri2 kamu - kisah hanzalah yg mati syahid dlm keadaan belum mandi hadas.Juga kisah Nabi Nuh tadi. Juga isteri2 yg menghalang suami mnjdi hamba Allah yg bagus.
5- kaum keluarga - Baik keluarga belah ayah mahupun belah ibu yg akan menghalang perjuangan kita kpd jalan Allah.
6- Harta kekayaan yg kamu usahakan - adakah harta itu boleh membawa kita dekat kpd Allah ataupun mnjadikan kita kufur dgn Allah.Sperti kisah qarun dgn harta2nya.
7- perniagaan yg ditakuti kerugian padanya - spt kisah sahabat Nabi yg mnjual semua ladangnya demi mndptkan khusyuk dlm solatnya.
8- rumah2 ataupun tempat tinggal yg lebih kamu cintai dr Allah. Kita merekacipta rumah2 masing2 seperti mahligai sehingga tidak dtg kerumah Allah merupakan halangan kpd kita dlm mendekat diri kpd Allah.

Hendaklah kita menjadikan 8 perkara itu tadi agar tidak menjadi halangan kita dlm mendekatkan kita hampir dgn Allah. Jika kita kalah kpd 8 perkara itu tadi,maka tunggulah seksaan dari Allah disana kelak.

0 comments:

Post a Comment