Monday, January 9, 2012

ilmu tasauf-berkenaan syaitan

Syaitan adlah musuh no1 bg manusia.Ramai dikalangan kita tidak mengindah akan musuh kita sehingga ia masuk kedlm tubuh kita tanpa kita ketahui.

Ibarat marah,adalah perlakuan syaitan yang menguasai manusia.Perlakuan homosek dan lesbian juga adalah perlakuan syaitan kerana syaitan sudah menguasai fikiran dan nafsu manusia secara total.

Oleh itu kita perlu memahami ilmu sihir dlm mengenali syaitan itu.Sihir itu adalah ilmu amalan syaitan.

Ilmu sihir ini bnyk dimulakan oleh umat nabi sulaiman spt yg diceritakan didlm alquran.Sedangkan nabi Sulaiman tidak mengajar ilmu sihir ini malah ianya adalah mukjizat yg Allah berikan pada baginda.Setelah wafatnya nabi Sulaiman,maka ilmu sihir ini mula berkembang dikalangan umat nabi Sulaiman.Syaitan mengatakan bahawa nabi Sulaiman itu bukan nabi malah seorang ahli sihir kerana nabi Sulaiman dikatakan mengarang buku sihir,sedangkan buku itu dikarang oleh syaitan laknatullah.


Sihir-definasinya adalah (sihir dan hasad dengki)-apa sahaja yg dilakukan oleh seseorg yg dibantu oleh syaitan sehingga manusia terpaksa memenuhi syarat2 yg diberi oleh syaitan sehingga ketahap menyembah syaitan itu sendiri.Majoriti manusia disesatkan oleh syaitan dgn mnggunakan ilmu sihir ini untuk membuat kerja2 jahat.


Ilmu sihir ini boleh dilakukan dgn mudah shj spt dgn kelipan mata sekalipun mampu mnyihir seseorg yg lain.Juga spt sihir santau yg bnyk berlaku dlm masyarakat kita.Sihir cinta juga berlaku dimana2 dgn pelbagai cara yg amat senang dan juga susah.Kdg2 sihir ini mggunakan ayat alquran,itu yg amat mengelirukan buat kita.Harus diingat bahawa sesiapa yg mengamalkan ilmu sihir maka tempatnya adalah dalam neraka.


Tangkal azimat juga adalah sihir wpun menulis ayat2 alquran pdnya dan ianya adalah syirik krn menyekutukan Allah.Sekiranya dia mati ketika memakainya maka matinya adalah sia2 shj.Dlm perubatan tradisional islam,kbnykknnya adalah mnggunakn ilmu sihir yg berselindung disebalik nama islam.Alat2 kecantikn juga kbnykknnya mmpunyai serba sedikit ilmu sihir.Dukun patah dgn hanya menepuk2 tangan yg patah mnjd baik juga merupakan sihir.

Sesiapa yg mengatakan memakai azimat itu boleh membantu seseorg dlm suatu perkara maka ianya telah jatuh syirik spt yg disabdakan oleh nabi Muhammad saw.


Ayat2 Alquran dilarang digunakan sbg azimat mahupun tangkal kerana akhirnya menjadi sihir yg menyesatkan kita.Wajib bertaubat sekiranya kita baru mengetahuinya.Bahaya azimat ini amat membahayakan sehingga batu cincin dikatakan mampu mmbawa sesuatu kebaikan juga adalah azimat dan juga sihir iaitu perbuatan syaitan.


Seni mempertahankan diri spt silat juga ada yg mggunakan sihir spt mandi minyak dan sebagainya.Amalan itu adalah sihir krn kita mengharapkan minyak itu menjadikan kita jd pandai silat dan sebagainya.Keris yg lama2 yg selalu diasapkan adalah merupakan sejenis sihir,lalu menjadikan keris itu sbg pelindung bg dirinya.Ianya amat membahayakan akidah kita sbg umat Islam.


Wallahuaklam


Masjid biru subang permai

9-1-2012


Published with Blogger-droid v2.0.2

0 comments:

Post a Comment