1- diriwayatkan drpd Abu Hurairah RA bhw Rasulullah saw bersabda:"sekiranya seseorg mukmin mengetahui apa yg dimiliki oleh Allah (akan kekuasaanNya yg Maha Berkuasa dan Adil) didlm menjatuhkan sesuatu hukuman (disebabkan keingkaran mereka terhadap suruhan dan larangan Allah),nescaya mereka tidak dpt merebut (peluang) utk memperolehi syurga tersebut (lantaran dosa dan keingkaran mereka).dan sekiranya seseorg yg kufur (tidak beriman) mengetahui apa yg disediakan oleh Allah drpd RahmatNya (yang Maha Pengasih lg Penyayang) nescaya mereka tidak akan berputus asa untuk (melayakkan diri mereka) mencapai syurga tersebut".(HR Muslim)
Hadis ini memperlihatkan berkenaan dengan sifat-sifat tauhid yg wajib diyakini oleh umat islam.Kepercayaan tauhid ini amat berbeza dgn pengetahuan lain seperti ilmu muamalat,munakahat,jenayah dan sebagainya.Tauhid memerlukan daya iman yg kuat utk memahami serta mempercayai akan kewujudan Tuhan rabbul 'alamin.
Didalam hadis ini,bnyk perkara berkenaan tauhid iaitu berkenaan sifat2 Allah,syurga neraka,dosa pahala dan sebagainya.kita boleh lihat bagaimana syaidini Abu Bakar yg mmpercayai 100% atas apa yg diceritakan oleh Nabi Muhammad terutama berkenaan dgn kisah israk mikraj yg mana ramai penganut2 umat islam ketika itu keluar kafir semula tidak mempercayai Baginda lagi.Begitulah tuntutan syahadah yg dapat menilai tinggi keimanan yg kita perolehi dlm kehidupan harian kita.
Syahadah merupakan akad terbesar bg kita umat islam terhadap sang pencipta iaitu Allah swt.Dengan akad yg kita lakukan ini akan memberi kesan dlm kehidupan kita serta merubah suasana kehidupan kita selamanya selama kita beriman kpd Allah dan RasulNya.Dengan lengkapnya syahadah ini,kita sbg hambaNya akan tertakluk dgn pelbagai suruhan dan larangan dr mula syahadah itu dilafazkan sehingga matinya kita suatu hari nanti.
Dgn pemahaman bahawa Allah swt itu maha adil,maka kita sbg hambanya pasti merasa tidak lepas utk kesyurga kerana Allah itu Maha Adil yg amat teliti dalam perhitungannya sehingga keadilan itu mustahil utk diseleweng spt yg biasa dilakukan oleh manusia didunia.Dengan keimanan yg tinggi terhadap Allah yg maha Adil,pasti kita takut utk melakukan semua larangan Allah serta pasti kita akan lakukan semua suruhanNya tanpa gagal kerana kita takut amalan kita nanti akan dihisabkan secara terperinci tanpa gagal.
Bila iman kita memahami serta meyakini yg Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani,nescaya kita tidak akan berputus asa utk mencari ruang menempatkan diri kita kesyurga Allah yg penuh dgn nikmat yg tidak terkata.Walaupun kita bnyk melakukan dosa2,disebabkan iman kita memahami akan sifat Allah yg sebegitu,pasti kita akan berusaha utk memohon ampun kpd Allah agar diri kita sentiasa dilihat oleh Allah agar diampunkan dosa2 kita utk kita masuk kesyurga Allah juga nanti.Disini kita wajib utk tidak berputus asa memohon ampun kpd Allah disebalik sifat Allah yg Maha Penyayang lg Maha Mengasihani.
Wallahuaklam
Masjid kuning kota damansara
23.01.2012
0 comments:
Post a Comment