Sunday, January 29, 2012

percaya kepada hari kiamat

Percaya kepada hari kiamat amat penting utk diimani agar kita tetap berada lurus menuju kejalan Allah.Oleh itu kita hendaklah menjauhi perkara2 yg syirik kpd Allah,dr melakukan maksiat dan perkara2 yg dilarang oleh Allah.

Dengan sebab adanya hari kiamat ini maka org2 yg lemah dan dizalimi akan mendapat pembelaan yg sewajarnya dr Allah swt dan orang2 yg zalim serta kononnya hebat pasti akan mendapat pembalasan yg sewajarnya dr Allah.

Percaya kpd hari kiamat pasti akan menyebabkan iman kita akan bertambah kuat dan segala kekurangan yg Allah beri kpd kita akan kita hargai dgn sepenuhnya disebabkan kita amat memahami bahawa kehidupan didunia ini amat sementara serta fana sifatnya.

Utk memahami pengertian beriman kpd hari kiamat memerlukan ilmu yg kuat agar kefahaman itu akan membawa kita kpd kehidupan yg berlandaskan keimanan kpd Allah semata2.


Wallahuaklam


Masjid kuning

Kota damansara


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, January 23, 2012

Takut dan harap terhadap keadilan Ilahi

1- diriwayatkan drpd Abu Hurairah RA bhw Rasulullah saw bersabda:"sekiranya seseorg mukmin mengetahui apa yg dimiliki oleh Allah (akan kekuasaanNya yg Maha Berkuasa dan Adil) didlm menjatuhkan sesuatu hukuman (disebabkan keingkaran mereka terhadap suruhan dan larangan Allah),nescaya mereka tidak dpt merebut (peluang) utk memperolehi syurga tersebut (lantaran dosa dan keingkaran mereka).dan sekiranya seseorg yg kufur (tidak beriman) mengetahui apa yg disediakan oleh Allah drpd RahmatNya (yang Maha Pengasih lg Penyayang) nescaya mereka tidak akan berputus asa untuk (melayakkan diri mereka) mencapai syurga tersebut".(HR Muslim)


Hadis ini memperlihatkan berkenaan dengan sifat-sifat tauhid yg wajib diyakini oleh umat islam.Kepercayaan tauhid ini amat berbeza dgn pengetahuan lain seperti ilmu muamalat,munakahat,jenayah dan sebagainya.Tauhid memerlukan daya iman yg kuat utk memahami serta mempercayai akan kewujudan Tuhan rabbul 'alamin.


Didalam hadis ini,bnyk perkara berkenaan tauhid iaitu berkenaan sifat2 Allah,syurga neraka,dosa pahala dan sebagainya.kita boleh lihat bagaimana syaidini Abu Bakar yg mmpercayai 100% atas apa yg diceritakan oleh Nabi Muhammad terutama berkenaan dgn kisah israk mikraj yg mana ramai penganut2 umat islam ketika itu keluar kafir semula tidak mempercayai Baginda lagi.Begitulah tuntutan syahadah yg dapat menilai tinggi keimanan yg kita perolehi dlm kehidupan harian kita.


Syahadah merupakan akad terbesar bg kita umat islam terhadap sang pencipta iaitu Allah swt.Dengan akad yg kita lakukan ini akan memberi kesan dlm kehidupan kita serta merubah suasana kehidupan kita selamanya selama kita beriman kpd Allah dan RasulNya.Dengan lengkapnya syahadah ini,kita sbg hambaNya akan tertakluk dgn pelbagai suruhan dan larangan dr mula syahadah itu dilafazkan sehingga matinya kita suatu hari nanti.


Dgn pemahaman bahawa Allah swt itu maha adil,maka kita sbg hambanya pasti merasa tidak lepas utk kesyurga kerana Allah itu Maha Adil yg amat teliti dalam perhitungannya sehingga keadilan itu mustahil utk diseleweng spt yg biasa dilakukan oleh manusia didunia.Dengan keimanan yg tinggi terhadap Allah yg maha Adil,pasti kita takut utk melakukan semua larangan Allah serta pasti kita akan lakukan semua suruhanNya tanpa gagal kerana kita takut amalan kita nanti akan dihisabkan secara terperinci tanpa gagal.


Bila iman kita memahami serta meyakini yg Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani,nescaya kita tidak akan berputus asa utk mencari ruang menempatkan diri kita kesyurga Allah yg penuh dgn nikmat yg tidak terkata.Walaupun kita bnyk melakukan dosa2,disebabkan iman kita memahami akan sifat Allah yg sebegitu,pasti kita akan berusaha utk memohon ampun kpd Allah agar diri kita sentiasa dilihat oleh Allah agar diampunkan dosa2 kita utk kita masuk kesyurga Allah juga nanti.Disini kita wajib utk tidak berputus asa memohon ampun kpd Allah disebalik sifat Allah yg Maha Penyayang lg Maha Mengasihani.


Wallahuaklam


Masjid kuning kota damansara

23.01.2012


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, January 14, 2012

surah al humazah

Surah diturunkan dimadinah wpun ketika turunnya ayat ini nabi brada diMekah.tafsiran :

Ayat 1: Kecelakaan besar bg tiap2 pencaci,pengeji.-bermakna nerakalah bg pencaci dan pengeji.neraka yg bermaksud neraka wail yg amat dasyat.Pencaci dan pengeji yg dimaksudkan adalah seorg tokoh musyrikin yg bernama uqbah abi muid yg memijak kepala nabi ketika nabi sujud bersolat.Perbuatan ini mendapat perhatian Allah sehingga turunnya ayat ini.Cacian dan kejian kpd org muslim adalah satu kefasikan.Menuduh dan mencela sahabat seiman ini adalah satu dosa kefasikkan.Sabda menjamin bahawa 'sesiapa yg meninggalkan perbalahan wpun dia benar akan mendapat rumah dibawah syurga'.Bagi yg mencantikkan akhlaknya akan dijamin rumah diatas syurga.Begitu sekali Allah menghargai akan hambanya yg taat kepada perintah dan laranganNya.


2: yang mengumpul harta dan berulang-ulang mghitung kekayaannya- yg menyangka harta itu dpt mengekalnya didunia ini.Janganlah kita mnyangka bwh dgn harta yg banyak itu dpt mnjadikan kita tidak mati selamanya.Menyebabkan kita tidak fikir tentang agama, dan tidak memikirkan kehidupan selepas mati nanti.Ketahuilah bhw kenikmatan harta itu tidak mampu kita bawa kedlm kubur sedikitpun.


Masjid kuning kota damansara


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, January 11, 2012

Beriman kepada Allah



'Wahai org beriman.taatlah kpd Allah,rasul dan ulilamri'


Taat kpd pemimpin tidaklah mutlak disebabkan huraian ayat Allah yg tidak tepat oleh sesetengah pihak.Taat pd pemimpin bersandarkan beberapa syarat tetapi tidak kpd taat kpd Allah dan Rasul adalah bersifat mutlak.Yakni tiada pilihan lain selain taat kpdNya dan RasulNya.


Bila kita taat kpd Allah dan RasulNya,kebaikan drpd ketaatan itu akan kembali kpd kita sepenuhnya.Allah tidak memerlukan ketaatan hambaNya utk Dia kekal sbg Tuhan.Allah dan RasulNya menyuruh kita taat adalah untuk menjaga kebajikan kita dan generasi kita.


Pemerintah yg taat kpd Allah wajib menjalankan segala hukum hakam yg diperintahkan oleh Allah.Sekiranya pemerintah tidak taat kpd Allah dan RasulNya,adalah haram kita sbg rakyat mentaatinya.Hendaklah ulilamri berlaku adil kpd rakyatnya agar keadilan dpt ditegakkn dan rakyat dpt mentaati pemerintah tersebut.


Pelaksanaan undang2 jenayah islam dpt mengawal perbuatan manusia dr melakukan perkara2 yg buruk yg semakin menjadi2 dipasaran skrg.Tiada undang2 dlm dunia ini yg mampu mengawal perlakuan manusia secara total melainkan undang2 islam shj.Selain dari menghukum kesalahan itu secara amat berkesan,ianya juga dpt menghindarkan org lain dr melakukan perkara buruk itu dr berlaku.Undang2 islam adalah undang2 yg berbentuk pencegahan.


Apabila kita mngikut pertunjuk Allah,kita tidak akan mnjd sesat dan tidak pula mnjadi celaka.Itu janji Allah kpd hambanya.


Semoga aku tidak menjd celaka disebabkan dosa2 aku yg aku semakin membesar ini.Ampunkan aku yaAllah.


Masjid kuning kota damansara

11-01-2012


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, January 9, 2012

sunnah

Jika kita tidak mempraktiskan sunah,akan lahir satu amalan bidaah diantara kita,dan sekiranya kita melakukan perkara yang bidaah,pasti akan matilah 1 sunnah Rasulullah dikalangan kita.


Suhaib webb

Tv alhijrah

10/1/2012


Published with Blogger-droid v2.0.2

ilmu tasauf-berkenaan syaitan

Syaitan adlah musuh no1 bg manusia.Ramai dikalangan kita tidak mengindah akan musuh kita sehingga ia masuk kedlm tubuh kita tanpa kita ketahui.

Ibarat marah,adalah perlakuan syaitan yang menguasai manusia.Perlakuan homosek dan lesbian juga adalah perlakuan syaitan kerana syaitan sudah menguasai fikiran dan nafsu manusia secara total.

Oleh itu kita perlu memahami ilmu sihir dlm mengenali syaitan itu.Sihir itu adalah ilmu amalan syaitan.

Ilmu sihir ini bnyk dimulakan oleh umat nabi sulaiman spt yg diceritakan didlm alquran.Sedangkan nabi Sulaiman tidak mengajar ilmu sihir ini malah ianya adalah mukjizat yg Allah berikan pada baginda.Setelah wafatnya nabi Sulaiman,maka ilmu sihir ini mula berkembang dikalangan umat nabi Sulaiman.Syaitan mengatakan bahawa nabi Sulaiman itu bukan nabi malah seorang ahli sihir kerana nabi Sulaiman dikatakan mengarang buku sihir,sedangkan buku itu dikarang oleh syaitan laknatullah.


Sihir-definasinya adalah (sihir dan hasad dengki)-apa sahaja yg dilakukan oleh seseorg yg dibantu oleh syaitan sehingga manusia terpaksa memenuhi syarat2 yg diberi oleh syaitan sehingga ketahap menyembah syaitan itu sendiri.Majoriti manusia disesatkan oleh syaitan dgn mnggunakan ilmu sihir ini untuk membuat kerja2 jahat.


Ilmu sihir ini boleh dilakukan dgn mudah shj spt dgn kelipan mata sekalipun mampu mnyihir seseorg yg lain.Juga spt sihir santau yg bnyk berlaku dlm masyarakat kita.Sihir cinta juga berlaku dimana2 dgn pelbagai cara yg amat senang dan juga susah.Kdg2 sihir ini mggunakan ayat alquran,itu yg amat mengelirukan buat kita.Harus diingat bahawa sesiapa yg mengamalkan ilmu sihir maka tempatnya adalah dalam neraka.


Tangkal azimat juga adalah sihir wpun menulis ayat2 alquran pdnya dan ianya adalah syirik krn menyekutukan Allah.Sekiranya dia mati ketika memakainya maka matinya adalah sia2 shj.Dlm perubatan tradisional islam,kbnykknnya adalah mnggunakn ilmu sihir yg berselindung disebalik nama islam.Alat2 kecantikn juga kbnykknnya mmpunyai serba sedikit ilmu sihir.Dukun patah dgn hanya menepuk2 tangan yg patah mnjd baik juga merupakan sihir.

Sesiapa yg mengatakan memakai azimat itu boleh membantu seseorg dlm suatu perkara maka ianya telah jatuh syirik spt yg disabdakan oleh nabi Muhammad saw.


Ayat2 Alquran dilarang digunakan sbg azimat mahupun tangkal kerana akhirnya menjadi sihir yg menyesatkan kita.Wajib bertaubat sekiranya kita baru mengetahuinya.Bahaya azimat ini amat membahayakan sehingga batu cincin dikatakan mampu mmbawa sesuatu kebaikan juga adalah azimat dan juga sihir iaitu perbuatan syaitan.


Seni mempertahankan diri spt silat juga ada yg mggunakan sihir spt mandi minyak dan sebagainya.Amalan itu adalah sihir krn kita mengharapkan minyak itu menjadikan kita jd pandai silat dan sebagainya.Keris yg lama2 yg selalu diasapkan adalah merupakan sejenis sihir,lalu menjadikan keris itu sbg pelindung bg dirinya.Ianya amat membahayakan akidah kita sbg umat Islam.


Wallahuaklam


Masjid biru subang permai

9-1-2012


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 8, 2012

dr asri-renungan hidup

'Sesiapa yg mnjdkan dunia itu tujuan utamanya maka Allah akan letakan kefakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya dan dunia tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan utknya (iaitu dalam keadaan hina).(hr tirmizi)


Aku mengerti yaAllah.Jauhilah aku dgn kesenangan dunia yg menyebabkan aku menjauhi mu lagi yaAllah.


'merasa senang atas kesenangan adalah senang

Merasa susah atas kesusahan adalah senang

Merasa senang atas kesusahan itulah yang sukar'


Youtube

9-1-2012


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, January 5, 2012

ust suhaib web

Utk menghafal alquran,kita tidak boleh mencampurkannya dgn berbuat dosa.Cahaya tidak boleh dicampur dgn kegelapan utk mndptkn sesuatu yang terang dan elok.

Tips menghafal alquran-kita kena baik dgn ibu bapa,sahabat2 baik muslim dan kafir dlm kita mndptkan hafalan yg baik.

Ilmu adalah ibarat hujan yg sentiasa mnyuburkan hati dan otak kita.doakan ibubapa kita walaupun mereka sudah tiada lg.

Kelebihan umat islam adalah kita semua adalah saudara seagama dan dlm satu umah.walaupun mana kita berada kita ttp satu umah dr umat nabi Muhammad.Semua nabi2 dan rasul2 ingin menjadi umah nabi Muhammad kerana bnyknya ganjaran menjadi umat Muhammad ini.Begitu sekali ganjaran kita menjadi umat islam akhir zaman sehingga nabi Isa akan muncul diakhir zaman menjadi umat islam yg memperjuangkan agama ini dan seterusnya wafat dalam agama suci ini insyaAllah.


Tv alhijrah

Ust suhaib webb


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, January 3, 2012

cemburu?

Kebanyakkan perceraian berlaku ketika anak dlm bilangan 1 atau 2 dan juga 3.Proses perceraian pasti akan diuji pada ketika ini.

-kita tidak disuruh mencari kejahatan isteri kita sehingga memeriksanya sehingga tidak sepatutnya.

-tidak melepaskan isteri keluar sesuka hati sehingga menggangu keharmonian rumah tangga.

-menjaga kehormatan isteri agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari dgn menjadikn rumah yg diduduki itu selamat dari diintai org lain dan sebagainya.

-"adakah kita suka anak bini kita berpeleseran dipasar2 menjadi perhatian orang ramai?"

"jika Allah mengangkat perasaan cemburu dr hati kita terhadap anak isteri kita maka Allah akan rosakkan hidup kita padanya."

- Ajar anak isteri ttg fardhu ain seperti ttg solat,puasa,zakat,sifat2 Allah dan sbgnya tanggungjwb ayah pd keluarganya.

- Dgn redha suami dan terpelihara dr kejahatan,maka si isteri diharuskan keluar dr rumah utk tujuan yg dibenarkan oleh syarak.

- tapi benda yg paling afdhal utk wanita adalah duduk dirumah dr keluar kejalanan.Solat dirumah bg wanita adalah lg afdhal dr solat dimasjid.Begitu sekali Allah mnjaga aib wanita agar terpelihara dr sebarang fitnah.


Wallahuaklam


Surau arrazi

3.01.2012


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, January 2, 2012

sedekah itu berkah

Sedekah itu boleh mghindar dr 7 jenis bala:

1:penyakit kulit atau sopak-

senang dimakbulkan doa org yg kuat bersedekah.amanah dr sifat sedekah itu mnguatkan sifat kita sebagai pemegang amanah Allah pada manusia.

-doa org menerima sedekah cepat juga dimakbulkan.

Hadis "sedekah yg kita beri itu dia akan berkata2 kpd kamu 5 perkara:

1- sedekah yg sikit akan mmberi pahala yg banyak.

2-sedekah akn berkata.dulu aku musuh engkau,sekrg aku syg dgn engkau.-bila kejar akhirat,dunia akan kejar kita.

3- sedekah akan berkata:hey manusia,dulu aku ini binasa,tp kau keluarkan aku dgn bersedekah,maka aku hidup kembali.

4- sedekah akan berkata: dulu engkau jaga aku,tp bila engkau keluarkan aku dlm bersedekah,aku akan menjaga engkau.

5- sedekah akan berkata:dulu aku ini kecik sahaja,tp bila engkau keluarkan aku dgn cara bersedekah,maka aku kini menjadi besar.


-syarat bersedakah ada 5:

a- ikhlas - sembunyikan sedekah itu lebih baik bagi kamu dr menceritakan kpd khalayak ramai.malaikat akan menjadi sahabat kita bila kita bnyk bersedekah.

b- jangan ungkit dan sakitkan hati org yg menerima sedekah kita itu.

c- sedekah dgn sesuatu yg paling kita syg.

d- sedekah mestilah dgn hati yang redha

e- mesti menepati sasaran yakni yang memerlukan sedekah kita itu.


Surau ar razi

Subang 2

2-1-2012


Published with Blogger-droid v2.0.2