Thursday, December 29, 2011

tazkirah masjid kuning

20 golongan yg menyesal dihari kiamat.


1-antara golongan yg menyesal ialah mereka yg tidak menunaikan solat.

- rukun islam kelima selepas mengucap 2 kalimah syahadah.Solat merupakan tiang agama yg akan mengesahkan bagi amalan yang lain.Membezakan keimanan dan kekufuran.Menjalinkan hubungan dgn Allah pada setiap solat.

- peranan solat amat besar dan amat penting serta bukannya yg penting itu, solat.Maksud yg, penting aku solat itu, akan menyebabkan kita tidak memberatkan solat sehingga tidak menjaga solat dgn baik sehingga solat hanya lebih kurang shj,janji dia solat.itu kata hatinya yg rosak.

- perkara pertama yang akan ditanya didlm kubur nanti adalah solat.brgsiapa yang lulus ujian didlm kubur itu akan memudahkan utk peringkat seterusnya dialam menempuh alam akhirat nanti.

- org yg memelihara solat ini akan dijanjikan dgn syurga firdaus,insyaAllah.iaitu syurga paling tinggi.

- roh solat itu adalah khusuk,iaitu konsentrasi pd solat dan Allah sehingga tiada fikir akan dunia pada ketika itu.Ulama juga ada berkata,khusuk itu ialah memahami setiap pergerakan solat dan sedar setiap perlakuan yg kita lakukan itu.Itu adalah khusuk yg paling minimun yg mungkin kita mampu utk lakukan.


Masjid kota dsara

9:00pm


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, December 24, 2011

tazkirah from yong peng

Perhimpunan keluarga di sg seri medan yong peng .sebuah keluarga yang besar dimulakan sessi perjumpaan dengan tazkirah membesarkan Allah.Hebat keluarga dari keturunan jawa ini.


Bagaimana didikan agama menjadi teras dalam  membesarkan Allah pada keluarga.Tiada yang lebih sempurna melainkan dengan memberi peringatan akan kebesaran Allah.


Hati perlu diberi peringatan sentiasa agar terdidik dalam dunia yang serba macam dugaan.


25.12.2011

Yong peng


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, December 23, 2011

istana dunia

Besarnya istana ini diciptakan oleh manusia utk manusia.Aku hanya ditepi sudut ini hanya mampu melihat dan menikmatinya dari jauh.Aku asing disini seperti asingnya para pelancong yang berkeliaran melihat keindahan istana manusia.


Jika manusia mampu mendirikan istana sehebat ini,apakah Allah tidak mampu? Malah apa yg manusia dirikan ini sedikit pun tidak mampu utk menandingi ciptaan Allah sebesar nyamuk sekalipun.


Semoga penghuni istana ini tetap bersyukur yang ianya dalam perlindungan Allah kerana imannya.Aku hanya mendoakan agar aku,keluargaku,jiran2 aku dan semua yang mengenaliku dapat memikirkan Allah itu terlalu Maha Besar.


24.12.2011 hadapan istana negara


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, December 22, 2011

lalai

'sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia dari mengingati hukum Tuhan).Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa besar.Dan juga mereka selalu berkata:"adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang,betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?' (Al Waqiah:45-47)


Kemewahan yang Allah beri tidak semesti menunjukkan Allah itu sayang pada kita.Kadang-kala ianya adalah tanda Allah benci pada kita dan tidak mahu lagi mendengar rayuan kita buat selamanya.


YaAllah berilah pertunjuk jalan yang lurus padaku dan keluarga ku yang ku cintai.


Subuh 22.12.2011


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, December 20, 2011

Syurgakah aku?

"Aku menjenguk kesyurga,aku dapati kebanyakkan penghuninya orang-orang fakir miskin dan aku menjenguk ke neraka,aku dapati kebanyakkan penghuninya kaum wanita"(HR Ahmad)

YaAllah,selamatkanlah aku dari api neraka Mu yang terlalu menyeksakan itu.Selamatkanlah anak-anak ku serta isteriku dari dijerat nerakaMu.Ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku agar aku mampu melihat mereka bergembira 'disana' nanti yaAllah..Aku insan hina yaAllah.

Bantulah aku mendekatiMu yaAllah.

solat itu satu penyucian

Drpd Jabir b Abdullah RA berkata:Rasulullah SAW bersabda:"Solat 5 waktu seumpama sungai yang mengalir dengan air yang begitu banyak dipintu rumah seseorang kamu.Setiap hari dia mandi sebanyak 5 kali".Jabir menceritakan,alHassan telah berkata:"dan yang demikian itu tidaklah meninggalkan kotoran sedikitpun".


YaAllah yaTuhan ku.Begitu sekali engkau mengasihi akan hamba-hambaMu.Biar berdosa sekalipun para hamba-hambamu,Engkau tidak memberati hamba-hambaMu untuk bertaubat kembali kepadaMu.Aku ini insan kotor yaAllah.Engkau berilah sinar kesucian untuk aku terus menyintaiMu.


Ampunkan aku yaAllah.


Surau alRazi


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, December 19, 2011

taqwa

"barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya akan dipermudahkan segala urusannya"(atTalaq:4)


YaAllah,aku insan hina lagi berdosa.Dosa aku bukan setakat yang kecil-kecil,kebanyakkannya yang besar- besar yaAllah.Dosa- dosa aku dikawal oleh nafsu syahwatku.Tolonglah yaAllah,aku ini kerdil dibumiMu ini,hanya seorang dari billion orang.


Aku ingin kembali kepadaMu yaAllah sebenar-benar kembali.Janganlah Engkau duga aku dengan sesuatu yang aku yang kalah padanya.Aku lemah yaAllah.Aku insan ciptaanmu yang terlalu banyak kelemahan yaAllah.


YaAllah ya Tuhanku,aku akur kepadamu.


Hutan melintang

7:12am


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, December 17, 2011

solat jama qasar

Aku ini hambamu YaAllah,hamba yang tidak boleh mempersoalkan apa yang harus dilakukan dan apa yang harus ditinggalkan.Hamba harus mengikut apa arahan dari Penciptanya.

Dalam kita memperhambakan diri kepada Mu yaAllah,Dikau tidak mempersiakan aku sebagai hambamu.Mana mungkin arahan menyembahMu itu adalah wajib,dan arahan menyembahMu itu adalah hakMu yang hakiki.Dikau tidak mempersiakan aku,dikau anugerahkan kepada ku solat jama dan qasar agar rasa kehambaan itu dapat ditunaikan dalam suasana yang digemari oleh semua manusia yang beriman.


Adakah aku masih ada alasan untuk tidak menyembahmu lagi yaAllah,sedangkan Engkau Maha Mengetahui kelemahan hambaMu ini.


Aku bersyukur dilahirkan dalam Agamamu walaupun aku insan yang kotor dengan dosa.


Hospital teluk intan

17.12.2011 16:39


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, December 16, 2011

Rayuan Terakhir