Monday, July 15, 2013

Tazkirah ramadhan malam ke 7

Malam ramadhan merupakan malam yang mana hamba2 Allah dapat menunaikan ibadat khusus kpd Allah dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Adakah banyaknya ibadat itu mendpt perhatian yang lebih atau ibadat yg bagaimana yang menjadi kelebihan untuk kita kerjakan. Siapakah amalnya yang lebih baik? Adakah bilangannya atau kualitinya yang diambil kira.

Kualiti amal itu perlu dipertingkatkan dari satu ramadhan ke ramadhan yang lain agar menjadi muslim yang lebih baik. Untuk mendapatkan kualiti amalan itu hendaklah atas dasar ilmu dan bukan amalan mengikut2 sahaja. H3ndaklah setiap ibadat itu mesti diikuti dengan ilmu. Ini seperti ilmu solat, sedekah dan sebagainya agar setiap amalan yang kita lakukan itu berdasarkan ilmu yang membawa kita kejalan yang lurus.

Jadilah orang yang alim yakni berilmu, jika tidak jadilah org yang mengaji, atau jadilah orang yang mendengar atau jadilah orang yang mencintai majlis ilmu yang akan mendekatkan kita kepada Allah Tuhan sekelian alam. Jangan jadi golongan yang kelima yang mana membenci majlis ilmu sehinggakan menjadikan dia sesat.

Dengan ilmu itulah kita kenal Allah Pencipta alam semesta ini, dan dengan ilmu itulah kita mendapat erti keikhlasan yang sebenar. Amalan yang bersandarkan ilmu itu akan meningkatkan kualiti ibadat itu dan menjadikan dirinya ikhlas kerana Allah tanpa sebarang syak wasangka. Untuk mendapat khusyuk dalam setiap ibadat juga memerlukan ilmu yang kuat agar kadar kekhusyukkan itu menjadi nadi dalam ibadat kita seharian.

Seperti bertadarus pada malam2 ramadhan, jika bertadarus tanpa memahami maksud ayat2 yang dibaca itu menjadi sia2 shj. Walaupun mendapat pahala kerana membaca ayat2 suci alquran, adalah lebih elok jika dapat bertadabur dengan ayat2 alquran agar amalan kita menjadi lebih baik setelah memahami setiap ayat yanb dibaca itu.

Dan dalam setiap amalan itu hendaklah beristiqamah sehingga akhirnya. Kerana hanya istiqamah sahaja yang dapat menjamin kadar kualiti ibadahnya meningkat dari sehari kesehari. Perbezaan seorg yang berilmu dengan tidak berilmu adalah pada kadar istiqamahnya yang dilakukan setiap hari dalam hidupnya. Seperti saidina Ali yang istiqamah dalam bersedekah setiap hari, walaupun sedikit tapi istiqamahnya itu menjadikan dia sentiasan melakukan sedeqah itu sehingga keakhir hayatnya.

Bagi setiap amalan itu dia ada tangga keutamaannya iaitu awlawiyat. Kita perlu ada ilmu dalam perkara ini agar tahu tahap mana ibadat keutamaan yang perlu kita dahulukan. Seperti solat terawikh yang sunat harus didahulukan atau solat maghrib berjemaah yang perlu di beri keutamaan. Ada orang yang beria2 melakukan sunat terawikh sedangkan solat fardhu langsung diabaikan. Ini kerana ilmu tidak ada dalam dirinya, semuanya kerana mengikut tuntutan nafsu yang tidak diajar dengan ilmu.

Seperti bersedekah, kita selalu bersedekah kepada orang2 yang jauh seperti dipalestine syria dan sebagainya. Akan tetapi adalah lebih awla diberikan kepada orang yang lebih dekat dengan persekitaran kita agar yang dekat2 itu dapat dibantu sebelum kita pergi kepada yang lebih jauh. Oleh itu ilmu ibadat keutamaan itu perlu dipelajari agar setiap ibadat itu terletak betul pada tempat yang sepatutnya.

Dan akhirnya setiap amalan kita itu hendaklah akhirnya tunduk kepada Rabbil Jalil. Kita lakukan semua suruhan dan tinggalkan semua laranganNya agar semua amalan kita itu atas kerana ketaqwaan. Kita solat tak tinggal, tapi aurat tetap tidak ditutup. Ini tidak menepati ciri2 ibadat itu yang sebenarnya dimana ketakutan kita kepada Allah itu yang menjadi tunjang dalam setiap amalan kita dan bukan ikut2an itu yang kita lakukan. Oleh itu ilmu adalah amat penting agar setiap amalan kita itu diredhai dan diberkati serta ditingkatkan kualitinya agar akhirnya kita mendapat keredhaan Allah swt Tuhan Pencipta Sekelian Makhluk.

Saturday, July 13, 2013

Tazkirah ramadhan malam ke5

Ibadah sbg satu modal untuk kita mendapatkan syurga Allah swt diakhirat nanti.  Apabila datang bulan ramadhan, para ulamak menganjurkan saling nasihat menasihati sesama kita agar diri itu terus diperingatkan dengan amal makruf dan nahi munkar.

Terdapat golongan diakhir zaman yang hanya mahu mengikut perkiraan dunia dari mendekatkan diri dengan para ulamak. inilah yang Baginda saw sebutkan 1400 tahun yang lalu dan ianya benar pada ketika ini. DENGAN itu Allah jatuhkan 3 bala -

1-Allah mengangkat kebetkatan dari setiap kehidupan mereka dalam setiap gerak geri mereka. Natijah dari adalah menggambarkan agar kita lebih rajin mendekatkan diri dengan ulamak. Dengann mendekatkan diri pada ulamak, keberkatan akan Allah beri kerana dengan mendekatkan diri dgn ulamak, banyak ilmu akan kita gali yang akhirnya diri kita akan mengerjakan setiap ibadat itu berdasarkan ilmu yang kita dapati dari ulamak2 itu.

2- Allah akan bangkitkan keatas mereka pemerintah yang zalim yang melakukan banyak kezaliman. Itu yang banyak terjadi didunia ini seperti yang berlaku di syria dan sebagainya. BEGITU sekali bala yang Allah beri kepada yang menjauhkan diri dari ulamak.

3-  Mati dalam keadaan tidak ada iman disebabkan menolak ulamak dalam kehidupan mereka nauzubillah. Begitu Allah mencabut nikmat iman dari hamba2Nya yang menolak ulamak dalam setiap kehidupan mereka seharian dan akhirnya mati dalam keadaan kufur engkar.

Ilmu jika ianya masuk dalam hati, ianya pasti akan mencerahkan hati kita dalam menerajui dunia ini.Jika ilmu itu tidak masuk dalam hati, maka hati ini akan menjadi gelap dan sesat dalam perjalanan menuju akhirat. Dengan ilmu ini, ianya akan menghilang sifat riak, wujub, bongkak dan sebagainya disebabkan cahaya ilmu yang masuk kedalam hati kita.

Ada juga Allah berikan cahaya ilmu kedalam hatinya, menjadikan dirinya bongkak dan takabbur. Ilmunya itu telah menyesatkan dirinya seperti yang berlaku dalam agama paling jijik iaitu syiah.

Thursday, July 11, 2013

Tazkirah ramadhan malam ke3

Pahala berkunjung untuk memoelajari ilmu lebih besar pahala dari solat sunat 100 rakaat. Inilah besarnya mempelajari ilmu berbanding dengan solat sunat. OLEH ITU siri tazkirah diantara solat terawikh itu adalah perkara yang lebih afdhal berbanding tiada siri tazkirah antaranya kerana menambah ilmu diantara keduanya didalam bulan ramadhan.

Mempelajari ilmu terutama mempelajari ilmu alquran akan menambahkan tahap ilmu kita kepada Allah dan akan menjadikan dirinya lebih bertaqwa dan memahami apa yang dikerjakan. Dengan memahami makna2 alquran itu akan menjadikan kita merasai apa yang Allah katakan didalam Alquran.

Program yang diadakan dibulan ramadhan ini disusun oleh Allah dan bukan ditunjuk oleh manusia. Antara program yang Allah anjurkan adalah berpuasa, membaca alquran, solat terawikh, tahajjud, bersedekah dan pelbagai amalan2 yang digalakkan akan mendapat ganjaran yang Allah susun dengan jumlah pahala yang diberikan amat berganda2. Ramadhan merupakan madrasah tarbiyah yang Allah jadikan sebulan shj setahun. SETIAP SAATnya itu amat berharga dan amat rugi jika tidak dilakukan didalamnya.

Orang yang bertaqwa apabila dia bangun untuk bersahur dia akan beristigfar memohon keampunan kepada Allah. Inilah ciri2 orang2 yang bertaqwa yang menjadi insan kesayangan Allah. Juga mendirikan qiam ditengah malam dibulan ramadhan adalah amat dianjurkan sehingga Allah memberi keampuanan kepada makhluk yang memohon kepadaNya.

Pahala sunat dibulan ramadhan menyamai pahala fardhu dibulan yang lain.Begitu sekali Allah memberi ganjaran kpd hambaNya yang Dia yang Maha menyayangi dan mengasihani.

Wallahuaklam

Wednesday, July 10, 2013

Tazkirah ramadhan

Ramadhan datang sekali setahun dengan pakej yang amat menarik untuk dirasai. Apa perkara yang amat besar disebalik ibadah puasa itu ? Seperti ibadah solah dimana ianya mencegah dari perkara keji dan mungkar. Oleh itu Allah menyuruh kita berpuasa atas kerana dengan berpuasa itu moga2 kita menjadi orang yang bertaqwa. Untuk mendapatkan taqwa itu banyak perkara yang Allah suruh kita lakukan, dan antaranya adalah berpuasa seperti yang dinyatakan dalam didalam surah albaqarah.

Untuk mendapat taqwa  ini bukan perkara yang mudah, firaun, namrud dan qarun yang mendapat kelebihan yang Allah berikan tetapi Allah tidak berikan taqwa dalam pemberiannya menyebabkan mereka2 itu hanyut dalam kebinasaan.

Bagi orang yang bertaqwa, kedatangan ramadhan ini menjadikan hati kita seronok. PARA sahabat Baginda saw ,menunggu ramadhan ini bermula dari bulan rejab lagi. INi Menunjukkan betapa taqwa mereka itu begitu kuat dan menjadikan jiwa2 mereka insan terpilih oleh Allah.

Perkara utama ramadhan ini ada 3 iaitu  PUASA , BANGUN (solat terawikh), dan juga ALQURAN (menyelidiki Alquran dan menghayatinya).

Ramadhan merupakan madrasah yang mengajar erti keimanan, kefakiran, kesungguhan, menjaga mulut dan telinga serta mata dan menjaga syahwat agar menepati ciri2 ramadhan yang dikehendaki oleh Allah. Ramadhan bukan setakat hanya menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri dari perkara yang dilarang oleh Allah swt.

Ramadhan juga mengajar kita menyelidiki alquran seperti mana imam syafie khatam alquran sebanyak 60 kali, yakni khatam 2 kali sehari. BETAPA ramadhan itu membangkit semangat orang2 yang bertaqwa dengan kekuatan yang luar biasa yang Allah berikan kepada orang 2 yang beriman dan bertaqwa.

Setiap saat didalam ramadhan adalah waktu yang penting dan waktu yang prime sifatnya. Setiap kebaikkan yang dilakukan didalam bulan ramadhan ini mendapat ganjaran yang tinggi dari Allah berbanding pada bulan2 yang lain.Dengan disiplin yang tinggi mampu menjadikan ramadhan ini amat bermakna buat iman kita insyaAllah.

Tuesday, May 14, 2013

Masjid kg datuk harun

Rasa takut kpd Allah itu adalah lebih baik ketika sihat, bagi org yang sakit dan lemah, sememangnya ketakutan kpd Allah itu adalh sewajarnya. Mengharap kpd Allah itu ketika lemah adalah lebih utama, tanpa perlu memaksa diri utk melakukannya.

Tidak ada satu dosa yang tidak diampunkan oleh Allah malah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ingatkan kpd org2 siddiqin agar tidak sombong dan riak serta berbangga dgn amalnya. Ini kerana bila Allah turunkan balanya maka hancurlah segala-galanya didunia ini.

Saturday, April 27, 2013

Ilmu tauhid: percaya kepada hari akhirat.

Percaya kepada hari kiamat.
Kiamat kecil adalah kematian dan kiamat yang besar adalah hari kehancuran alam semesta ini. Bagi orang2 beriman, menunggu kedatangan hari kiamat itu seperti sepertidoran shj dan bagi orang2 yg berdosa mereka menunggu terlalu lama akan hari kiamat.

Alam barzakh itu tidak diketahui dimana kerana itu adalah ilmu Allah. Apa kita nampak adalah nikmat kubur dan juga azab kubur. Untuk menerangi alam kubur kita hendaklah selalu solat tahajjud 8 rakaat dan 3 witir setiap malam.itu adalah amalan Baginda saw selama baginda hidup.

Kehidupan dialam barzakh itu seperti juga keadaan dialam dunia. Dimana keadaan disana kita boleh berjumpa dan bertegur sapa seperti didunia. Keadaan sebenarnya itu hanya Allah shj yang Maha memgetahui.

Selepas berlalu dialam barzakh, maka datanglah alam dipadang masyar. Dimana keadaan kita disana adalah sama keadaan fizikal Nabi Adam.

7 golongan yang dilindungi dipadang masyar
1- hatinya selalu dimasjid
2- pemimpin yang adil
3-orang yang bersedekah ( secara ikhlas dan tidak dihebahkan)
4-orang yang bangun malam bertahajjuj kpd Allah lalu ,mengenangkan dosa2 yg lalu dan menyesal dgn dosa2nya itu.
5- orang pompuan yg mengajak zina tapi kita takut akan Allah lalu menolaknya.
6- orang yang bersahabat berjumpa dan berpisah kerana Allah baik dalam perkara dunia mahupun perkara akhirat.

Keadaan yang amat teruk ketika dipadang masyar menyebabkan semua manusia mencari Nabi dan Rasul masing2 bermula dengan mencari Nabi Adam, Nabi Noah, Nabi Musa, Nabi ibrahim,
Dan akhirnya Baginda Saw yang akan mensyafaatkan semua umat manusia di padang masyar nanti.

Anak2 yang belum diakikahkan tidak diberi kelebihan utk mensyafaatkan kedua ibu bapanya. Oleh itu mengakikahkan anak2 itu merupakan perkara penting utk kebahgiaan kita disana nanti..

Selepas itu, kita  akan melalui proses hisab atau mizan. Dimana amal2 kita akan dihisab dengan hisab yang sehalusnya oleh Allah.
Lepas itu, akan melalui proses melalui titian sirat. Proses melalui titian sirat itu mengambil masa selama 500 tahun akhirat. Titian itu pula lebih halus dr rambut dan lebih tajam dr pisau.
Ada yang melalui sepantas kilat,ada yang sepantas orang berjalan dan sebagainya bergantung kepada amalan2 kita didunia ini.

Selepas itu, nasib kita akan ditentukan samada kita kesyurga atau keneraka. Jika kita kesyurga maka kita akan meminum air dr telaga kausar yang meminumnya hilang dahaga kita buat selama2nya.

Semua umat manusia akan dipersoalkan oleh malaikat walaupun dia itu islam mahipun kafir. Dan setiap persoalan itu akan bergantung kepada tahap amalannya didunia ini. Soalan2 itu tetap akan dipersoalkan walaupun jasadnya dimamah oleh binatang mahupun terbakar oleh api.

Maka iman itu adalah percaya kepada perkara yang tidak kita nampak hanya mendengar shj perkara itu tanpa dapat kita melihatnya.

Syurga dan neraka:
Syurga:
Tempat nikmat yang dicipta lebih indah dari dunia. Istana yang hebat didunia pun tercipta dengan batu dan pasir sedangkan disyurga istana itu tercipta dari emas dan permata yang tidak dpt digambarkan oleh akal kita yang daif. Syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 yang cantik yang juga tidak dpt digambarkan oleh akal walaupun terlintas dalam hati pasti tidak sama keadaan sebenarnya.

Nikmat didalam syurga itu berterusan dari satu saat kesatu saat tanpa ada perasaan jemu walau sedetikpun disana. Setiap suapan yg kita makan itu berbeza sedapnya dari suatu suapan yang kemudiannya.

Neraka:
Diciptakan itk org2 kafir dan juga orang2 islam yang derhaka diseksa dineraka . Bayangkan satu solat ditinggalkan 60 tahun akhirat dineraka dan keadaan ini berterusan sehingga dosa2 itu habis diazab. Begitu azabnya neraka itu tidak dpt digambarkan oleh akal dan hati sekalipun.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang sebegitu.

Wallahuaklam.

Thursday, March 28, 2013

Masjid kg lindungan

Ketenangan dlm bab solat baik sebelum dan selepas bersolat. Harus ada ketenangan dalam mengerjakan solat. Hendaklah tenang dan tidak kelam kabut selepas solat agar ketenangan itu dpt dicapai.
Dalam solat yg paling panjang kadarnya adalah berdiri dan juga bersujud. Dua rukun ini yang kadar lamanya itu dlm rukun2 yang lain.
Berdiri itu adalah syarat wajib bagi solat fardhu dan tidak bagi solat2 sunat yang lain.
Dan berdiri itu hendaklah mengadap kearah kiblat serta tidak terlalu bongkok seperti rokuk sifatnya.
Lafaz niat itu adalah sunat dan dia tidaklah bidaah kerana ianya dilakukan diluar solat sebelum takbiratilihram..
Jarak kangkang ketika brdiri hendaklah dlm kadar sejengkal.
Duduk tahiyyat akhir adalah duduk tawarruk.yang disuruh dilakukan seboleh2nya. Ini kerana imam hanafi juga melakukan perkara ini dan taklid berdasarkan keupayaan ilmu beliau itu dibolehkan.
Bagi imam 3 yg lain, ianya berdasarkan keselesaan ketika tahiyyat kita itu.jika ianya terlalu sempit,dibolehkan duduk tahiyat awal, tetapi jika ruang itu agak selesa, maka hendaklah ianya duduk tahiyyat akhir.
Solat berjemaah merupakan solat yang memerlukan saling faham memahami. Hendaklah solat itu berdasarkan keselesaan jemaah yang lain dan hendaklah kita lakukan rukun itu berdasarkan keselesaan jemaah yang lain spt mengangkat takdir dgn kekuncupkan sedikit angkat tangan itu dsn juga cara sujud kita juga.
Niat hendaklah dilakukan ketika takbiratul ihram. Niat itu hendaklah ada 3 perkara iaitu a-niat jenis solat (fardhu,sunat, qadha dan sebaginya). B- niat imam ataupun makmum solat itu . C- sahaja aku... perlu diniatkan pada permulaan niat itu.

Untuk solat jumaat, kita diwajibkan mendapatkan sekurang2nya 1 rakaat bersama imam baru dikehndaki mengganti 1 rakaat shj. Akan tetapi jika hanya mendapat satu rukun terakhir shj, maka hendaklah kita menggantikannya 4 rakaat utk solat zohor.
Niat itu dilakukan diantara bermula takbiratul ihram hingga habis takbir itu sendiri..niat hendaklah diqasadkan shj tanpa perlu melafazkan satu2 didalam hati. Ditakuti akan membatalkan solat itu disebabkan berniat dgn menggunakan kata2 didilm hati.

Tangan hendaklah diletakkan diantara pusat dan dada.

Wallahuaklam.

Www.dadiydoo.com