Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Masjid sijangkang

Asas2 tauhid.

Sifat2 Rasul.
Rasul itu bersifat maksum- apakah semua rasul itu tidak melakukan sebarang kesalahan, spt kisah Adam yang memakan buah yang dilarang oleh Allah disyurga. Adakah itu satu kesalahan yang dilakukan oleh para rasul itu.
- ulamak mengatakan bahawa kejadian Adam yang memakan buah khuldi itu disebabkan terlupa ataupun terlalai diganggu oleh syaitan yg sering mengganggunya.
- juga sebagai hikmah akan kejadian manusia didunia ini untuk berkembang biak seperti kita pada hari ini..
- banyak kejadian2 para Rasul yang maksum itu dapat kita lihat dimana mereka juga melakukan kesalahan, tetapi semua kesalahan itu bukan bermaksud bersalah, tetapi adalah kerana terlupa mahupun tidak ingat yang semua itu Allah sudah ampunkan kesalahan mereka yang dulu kini dan selamanya.
- seperti kisah Nabi Ibrahim yang berbohong dgn raja namrud berkenaan Nabi Ibrahim berbohong berkenaan dgn siapa yang merobohkan berhala2. Adakah itu satu kesalahan?
- juga kisah nabi Musa yang membunuh satu org yahudi secara tidak sengaja. Adakah ini satu kesalahan utk Rasul2 yang maksum?

Kesemua kisah2 diatas itu bukanlah menunjukkan para2 Rasul itu bersalah, akan tetapi sebagi menunjukkan akan keterlupaan mahupun kekurangan yang Allah sudah ampunkan kesalahan mereka para Rasul itu. Kesemua kesalahan yang terjadi pada Rasul2 yang maksum itu adalah sebagai pengajaran dan pertunjuk akan satu keadaan yang lain yang berguna buat kita sebagai hamba Allah yang sentiasa berfikir.

Wednesday, March 6, 2013

Masjid rahimiah kelang

Dosa paling besar

Mana yang lebih besar dosa antara meninggalkan solat dan berzina:
Seperti diceritakan oleh Baginda saw dalam hadis berkenaan cerita Nabi Musa dengan seorang penzina wanita..dimana bahwa dosa orang yang meninggalkan solat itu lebih besar drpd berzina.
Ibnu Abbas menerangkan bahawa yg dikatakan meninggalkan solat itu bukan meninggalkan solat secara keseluruhannya, tetapi melambat2kan waktu solat atau dibuat dihujung waktunya.
Dan juga tidak solat maghrib sehingga masuk waktu isyak, tidak solat isyak sehingga waktu subuh dan juga seterusnya. Itulah antara tafsiran orang yang meninggalkan solat yang perlu diketahui. Betapa besarnya dosa orang yang meninggalkan solat sehingga boleh dipancung lehernya oleh pemerintah yan memahami.

Kategori syahid
1- syahid dunia
2- syahid akhirat
3- Mati syahid dunia akhirat

Mempertahankan harta,maruah dan keluarga jika meninggal dunia dikategori sebagai syahid. Perempuan yang meninggal dunia ketika melahirkan anak wpun anak zina juga mati syahid.
Mati kemalangan dan sakit disebabkan penyakit2 merbahaya adalah mati syahid.
Syahid ini perlu dimandikan seperti biasa seperti mati orang2 yang lain juga.

Akan tetapi mati disebabkan mempertahankn agama yang suci ini adalah mati syahid dunia akhirat dan mereka tidak perlu dimandikan .

Monday, February 18, 2013

Masjid kg lindungan

Setiap hari Allah memberi nikmat kepada kita akan tetapi kita selalu melakukan maksiat kpd Allah. Selalu bila kita menerima nikmat,kita akan mengucapkan alhamdulillah dan bersyukur kepadaNya. Bersyukur dalam bentuk melakukan apa yg disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang..

Allah mengkehendaki agar kita tidak lalai dlm bertaubat dan jangan ditangguh2kan dalam bertaubat.orang yang kuat itu adalah orang yang mampu menahan marah ketika marah. Terutama nya perasaan hasad dan dengki yang mnjadi permasalahan kpd setiap diri didunia ini.Perasaan hasad inilah yang banyak menghantui kehidupan kita umat islam terutama berhasad dengki dlm perkara duniawi.

Sebenarnya Allah amat menyukai hambanya meminta kepadaNya dalam setiap hal. Terutamanya meminta ampun dan taubat kepadaNya. Allah amat memarahi hambaNya yang tidak mahu meminta kepadaNya dan meminta selain dariNya.

Jangan panjang angan2 dgn meminta yang bukan2 sedangkan perbuatannya langsung tidak menggambarkan ciri org2 yg beriman. Selalulah bersyukur dgn apa yang Allah telah beri agar tanda kesyukuran itu mendapat keredhaan Allah.

Untuk mendapatkn tempias ilmu itu hendaklah kita selalu bersama mereka agar kewangian ilmu mereka itu dpt sedikit utk kita. Begitu juga dgn permasalahan org2 yg fasik yg kita sangkakan mereka itu fasik sdgkn diri kita juga termasuk dlm kumpulan itu tanpa kita sedari krn kurangnya ilmu yg kita ada.

Hendaklah kita merendahkan diri kita ini dengan menyalahkan diri kita lebih bnyk dr mencari salah orang lain dgn mengumpat dan mengeji. Semakin rendah kita kpdNya maka semakin tinggi darjat kita disisi Allah.orang yang tidak ada ilmu ibarat mati sebelum mati dan orang yang berilmu itu adalah ibarat hidup selepas mati.

Md daud yusri fie

Wednesday, April 4, 2012

terjemahan hadis- berkenaan Beriman

Diakhir zaman,akan ada dari umat baginda yang paginya dia beriman,malam dia kufur dan malam dia beriman pagi pula dia kufur.Begitulah keadaan iman umat akhir zaman.


Oleh itu marilah kita bertaubat dgn sebenar2 taubat.Kerana kita sentiasa melakukan dosa baik yg kita nampak mahupun kita tidak nampak.Fikirlah demi keampunan Allah SWT.


Hawa nafsu tidak pernah bersetuju dgn pendirian iman.Apa yg iman suka,pasti nafsu tidak suka.Apa yg nafsu suka pasti iman tidak suka.Nafsu suka kaya,seks bebas dan sbgnya sedangkan iman tidak menyukainya.


Antara kerjaya dan solat,mana pilihan iman dan nafsu kita.kita sering takut pd manusia sehingga gugur solat kita sedangkn iman mnyuruh kita melakukn ibadah walau dlm keadaan sibuk sekalipun.jika kita mndahulukan hawa nafsu akan meruntuhkan iman seseorang.Begitu sekali kerosakkan besar yang dibawa oleh nafsu ini.


Iman ini amat penting kerana ianya akan menjaga seluruh kehidupan kita didunia. Wujudkan daulah islamiyah dalam diri kita sendiri dahulu agar nafsu dpt tunduk kepada iman seluruhnya. Ibarat org2 penyembelah behala yg mana keseluruhan hidupnya dikuasai nafsu semata2 yg diwariskan dari org2 yg terdahulu.


Kehidupan kita ini adakah mengikut nafsu ataupun mengikut iman. Kita memerlukan ilmu yang tinggi dalam mengenali pergerakkan kita seharian. Adakah orang2 yg mengada2kan kepercayaan yg tidak benar ini mengikut iman ataupun nafsu seperti golongan tarikat yg kononnya mendekatkan diri pd Allah,padahal ianya semakin menjauhkan dirinya pada Allah.


Islam itu adalah syumul dan ianya ada dalam setiap perkara didunia ini. Kita tidak boleh menidakkan peranan islam dalam setiap perkara kerana jika kita tidak menggunakan peranan islam ini akan hancurlah diri kita akhirnya. Seperti golongan syiah yg sesat yg kononnya mereka itu golongan yang benar adalah kerna golongan ini sudah dikuasai oleh nafsu.


Nafsu ini amat dekat dgn diri kita dan ianya sentiasa menjalar dlm salur darah kita. Nafsu akan membenarkan perkara yg tidak elok itu berlaku. Begitu juga dlm sistem demokrasi,jika yg mengangkat tangan tanda bersetuju itu tidak beriman,maka hancurlah sistem kehidupan kita kerana segala perkara yg dipersetujui itu akan hanya berlandaskan tentang nafsu sahaja.


Sedikit dan sekelumit sahaja yang mengikut perkara iman,dan ramai pula yg suka dan mnyokong perkara yang berbentuk nafsu ini. Kebanyakkn dari kita hanya memilih perkara2 trtentu dlm islam dan mninggalkn sebahagian yg lain dlm hidupnya. Puasa dia ok,zakat dia ok,haji dan sebagainya ok tp solat dia hancur. Takut bila ini berlaku, kita akan jatuh kafir dlm perkara iman kita. Takut sangat jika ini berlaku.


Semoga iman kita tetap terus teguh dan dapat melakukan semua perkara dlm islam dlm kehidupan kita insyaAllah.


Semoga bermanfaat


Masjid abu bakar ss19

Subang jaya


Published with Blogger-droid v2.0.4