Tuesday, May 14, 2013

Masjid kg datuk harun

Rasa takut kpd Allah itu adalah lebih baik ketika sihat, bagi org yang sakit dan lemah, sememangnya ketakutan kpd Allah itu adalh sewajarnya. Mengharap kpd Allah itu ketika lemah adalah lebih utama, tanpa perlu memaksa diri utk melakukannya.

Tidak ada satu dosa yang tidak diampunkan oleh Allah malah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ingatkan kpd org2 siddiqin agar tidak sombong dan riak serta berbangga dgn amalnya. Ini kerana bila Allah turunkan balanya maka hancurlah segala-galanya didunia ini.

Saturday, April 27, 2013

Ilmu tauhid: percaya kepada hari akhirat.

Percaya kepada hari kiamat.
Kiamat kecil adalah kematian dan kiamat yang besar adalah hari kehancuran alam semesta ini. Bagi orang2 beriman, menunggu kedatangan hari kiamat itu seperti sepertidoran shj dan bagi orang2 yg berdosa mereka menunggu terlalu lama akan hari kiamat.

Alam barzakh itu tidak diketahui dimana kerana itu adalah ilmu Allah. Apa kita nampak adalah nikmat kubur dan juga azab kubur. Untuk menerangi alam kubur kita hendaklah selalu solat tahajjud 8 rakaat dan 3 witir setiap malam.itu adalah amalan Baginda saw selama baginda hidup.

Kehidupan dialam barzakh itu seperti juga keadaan dialam dunia. Dimana keadaan disana kita boleh berjumpa dan bertegur sapa seperti didunia. Keadaan sebenarnya itu hanya Allah shj yang Maha memgetahui.

Selepas berlalu dialam barzakh, maka datanglah alam dipadang masyar. Dimana keadaan kita disana adalah sama keadaan fizikal Nabi Adam.

7 golongan yang dilindungi dipadang masyar
1- hatinya selalu dimasjid
2- pemimpin yang adil
3-orang yang bersedekah ( secara ikhlas dan tidak dihebahkan)
4-orang yang bangun malam bertahajjuj kpd Allah lalu ,mengenangkan dosa2 yg lalu dan menyesal dgn dosa2nya itu.
5- orang pompuan yg mengajak zina tapi kita takut akan Allah lalu menolaknya.
6- orang yang bersahabat berjumpa dan berpisah kerana Allah baik dalam perkara dunia mahupun perkara akhirat.

Keadaan yang amat teruk ketika dipadang masyar menyebabkan semua manusia mencari Nabi dan Rasul masing2 bermula dengan mencari Nabi Adam, Nabi Noah, Nabi Musa, Nabi ibrahim,
Dan akhirnya Baginda Saw yang akan mensyafaatkan semua umat manusia di padang masyar nanti.

Anak2 yang belum diakikahkan tidak diberi kelebihan utk mensyafaatkan kedua ibu bapanya. Oleh itu mengakikahkan anak2 itu merupakan perkara penting utk kebahgiaan kita disana nanti..

Selepas itu, kita  akan melalui proses hisab atau mizan. Dimana amal2 kita akan dihisab dengan hisab yang sehalusnya oleh Allah.
Lepas itu, akan melalui proses melalui titian sirat. Proses melalui titian sirat itu mengambil masa selama 500 tahun akhirat. Titian itu pula lebih halus dr rambut dan lebih tajam dr pisau.
Ada yang melalui sepantas kilat,ada yang sepantas orang berjalan dan sebagainya bergantung kepada amalan2 kita didunia ini.

Selepas itu, nasib kita akan ditentukan samada kita kesyurga atau keneraka. Jika kita kesyurga maka kita akan meminum air dr telaga kausar yang meminumnya hilang dahaga kita buat selama2nya.

Semua umat manusia akan dipersoalkan oleh malaikat walaupun dia itu islam mahipun kafir. Dan setiap persoalan itu akan bergantung kepada tahap amalannya didunia ini. Soalan2 itu tetap akan dipersoalkan walaupun jasadnya dimamah oleh binatang mahupun terbakar oleh api.

Maka iman itu adalah percaya kepada perkara yang tidak kita nampak hanya mendengar shj perkara itu tanpa dapat kita melihatnya.

Syurga dan neraka:
Syurga:
Tempat nikmat yang dicipta lebih indah dari dunia. Istana yang hebat didunia pun tercipta dengan batu dan pasir sedangkan disyurga istana itu tercipta dari emas dan permata yang tidak dpt digambarkan oleh akal kita yang daif. Syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 yang cantik yang juga tidak dpt digambarkan oleh akal walaupun terlintas dalam hati pasti tidak sama keadaan sebenarnya.

Nikmat didalam syurga itu berterusan dari satu saat kesatu saat tanpa ada perasaan jemu walau sedetikpun disana. Setiap suapan yg kita makan itu berbeza sedapnya dari suatu suapan yang kemudiannya.

Neraka:
Diciptakan itk org2 kafir dan juga orang2 islam yang derhaka diseksa dineraka . Bayangkan satu solat ditinggalkan 60 tahun akhirat dineraka dan keadaan ini berterusan sehingga dosa2 itu habis diazab. Begitu azabnya neraka itu tidak dpt digambarkan oleh akal dan hati sekalipun.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang sebegitu.

Wallahuaklam.

Thursday, March 28, 2013

Masjid kg lindungan

Ketenangan dlm bab solat baik sebelum dan selepas bersolat. Harus ada ketenangan dalam mengerjakan solat. Hendaklah tenang dan tidak kelam kabut selepas solat agar ketenangan itu dpt dicapai.
Dalam solat yg paling panjang kadarnya adalah berdiri dan juga bersujud. Dua rukun ini yang kadar lamanya itu dlm rukun2 yang lain.
Berdiri itu adalah syarat wajib bagi solat fardhu dan tidak bagi solat2 sunat yang lain.
Dan berdiri itu hendaklah mengadap kearah kiblat serta tidak terlalu bongkok seperti rokuk sifatnya.
Lafaz niat itu adalah sunat dan dia tidaklah bidaah kerana ianya dilakukan diluar solat sebelum takbiratilihram..
Jarak kangkang ketika brdiri hendaklah dlm kadar sejengkal.
Duduk tahiyyat akhir adalah duduk tawarruk.yang disuruh dilakukan seboleh2nya. Ini kerana imam hanafi juga melakukan perkara ini dan taklid berdasarkan keupayaan ilmu beliau itu dibolehkan.
Bagi imam 3 yg lain, ianya berdasarkan keselesaan ketika tahiyyat kita itu.jika ianya terlalu sempit,dibolehkan duduk tahiyat awal, tetapi jika ruang itu agak selesa, maka hendaklah ianya duduk tahiyyat akhir.
Solat berjemaah merupakan solat yang memerlukan saling faham memahami. Hendaklah solat itu berdasarkan keselesaan jemaah yang lain dan hendaklah kita lakukan rukun itu berdasarkan keselesaan jemaah yang lain spt mengangkat takdir dgn kekuncupkan sedikit angkat tangan itu dsn juga cara sujud kita juga.
Niat hendaklah dilakukan ketika takbiratul ihram. Niat itu hendaklah ada 3 perkara iaitu a-niat jenis solat (fardhu,sunat, qadha dan sebaginya). B- niat imam ataupun makmum solat itu . C- sahaja aku... perlu diniatkan pada permulaan niat itu.

Untuk solat jumaat, kita diwajibkan mendapatkan sekurang2nya 1 rakaat bersama imam baru dikehndaki mengganti 1 rakaat shj. Akan tetapi jika hanya mendapat satu rukun terakhir shj, maka hendaklah kita menggantikannya 4 rakaat utk solat zohor.
Niat itu dilakukan diantara bermula takbiratul ihram hingga habis takbir itu sendiri..niat hendaklah diqasadkan shj tanpa perlu melafazkan satu2 didalam hati. Ditakuti akan membatalkan solat itu disebabkan berniat dgn menggunakan kata2 didilm hati.

Tangan hendaklah diletakkan diantara pusat dan dada.

Wallahuaklam.

Www.dadiydoo.com

Monday, March 18, 2013

Masjid aljumhuriah kg medan

Ayat alquran terakhir.

Kehebatan umat islam yang paling utama dan menguatkan umat islam adalah bangun malam.kerana dengan bangun malam itu akan menajamkan lidah para orang beriman yang bangun malam.

Ayat terakhir turun terdapat perselisihan diantara ulama. Tapi yang masyur adalah ayat berkenaan "telah kusempurnakan agama Mu dan setelahnya." dalam khutbah yang terakhir.

Antara 3 perkara yg nabi tidak pernah tinggalkan semasa hidup
1- solat sunat dhuha - afa rahsianyang sgt besar
2- puasa isnin khamis - isnin hari kelahiran Baginda dan khamis hari malaikat mengangkat buku amalan kelangit.
3-solat witir sebelum tidor.

Saturday, March 16, 2013

Masjid abu ubaidah aljarrah kg medan

Umat nabi Muhammad diberi keizinan untuk meminum air dari kolam Baginda disyurga. Kolam itu mungkin terdapat sebelum titian sirat ataupun selepas titian menjadi perselisihan antara ulamak. Para Nabi memanggil dari umatnya yang dia kenal untuk datang minum dikolam yang disediakan oleh Allah disurga nanti.
Menziarahi kubur Nabi adalah seperti menziarahi Nabi ketika hidup dan ini akan menjadikan Baginda SAW akan kenal kita di akhirat sana. Dengan ini akan dapat Nabi memberi syafaat yg banyak kepada umatnya yang mana umat nabi yang paling banyak adalah umat Nabi Muhammad Saw sepanjang sejarah kenabian seblum ini.
Kolam yang dimaksudkan disurga itu ada ulamak mengatakan bahawa kolam ini 4 segi dan dibuat dr perak. AIRNYA  lebih manis dari madu,lebih sedap dari segalanya dan seteguk air yang kita minum itu akan menghilangkan dahaga buat selam2nya.

Syafaat Nabi itu amat diperlukan oleh orang2 yang bnyk melakukan doss2 besar spt kita ini. Adapun bagi orang2 yang tidak ada dosa seperti ulamak2 hebat,para siddiqin dan sebagainya,mereka ini tidak memerlukan syafaat malah mereka boleh memberi syafaat kpd orang lain jika dikehendaki oleh Allah. Penghafal2 alquran juga Allah beri kelayakan untuk mensyafaatkan orang lain dgn syarat menghafal serta mempraktikkan segala suruhan dan larangan dari Alquran.

Kadar keseksaan yang amat sangat dipadang masyar yang ,mengambil masa beribu2 tahun disana amat menyeksakan. Pada ketika itu maka Allah akan memberi ilham untuk mendapatkan kpd Nabi masing2 untuk mendapatkan pertolongan. Maka seluruh manusia akan pergi kesemua para Nabi untuk mendapatkan syafaat yang mana akhirnya hanya Baginda Muhammad saw sahaja yang mampu memberi syafaat kpd seluruh umat manusia. Dan umat Baginda saw akan dihisab terlebih dahulu berbanding umat Nabi yang lain.

Hendaklah kita selalu berselawat kpd Baginda Saw agar Baginda akan kenal kita diakhirat sana serta wajah orang yg beriman akan dikenal berdasarkan wuduk yang sempurna. Semua anggota wuduk yang dibasuh sempurna akan bersinar diakhirat sana. Solat merupakan perkara pertama yang Allah akan timbangkan sebelum perkara lain dihisab. Oleh itu wuduk yang tidak sempurna akan menjejaskan solat kita.

Nabi Muhammad saw adalah bangsa quraish arab yang mulia.Golongan yang Allah jaga nasabnya dimana akan lahir Nabi yang terakhir. Susur galur Baginda saw bermula dari ayahandanya Abdullah keatas abdul mutalib. Mengetahui susur galur Baginda hingga ke abd manaf itu adalah fardhu ain keatas kita untuk menghafalnya. Jika kita tidak menghafaznya adalah berdosa . Kulit nabi kita itu putih dan kemerah2an.

ASWJ mengiktiqadkan bahawa ayah dan ibu Baginda saw itu juga termasuk dari golongan ahli syurga. Mereka akan dibangunkan nanti utk mengucapkan 2 kalimah syahadah insyaAllah.

Ketika menghadapi saqaratul maut disunatkan bersiwak atau bersugi kerana bersugi itu menyenangkan sedikit nyawa keluar dari badan.

Saturday, March 9, 2013

Masjid sijangkang

Asas2 tauhid.

Sifat2 Rasul.
Rasul itu bersifat maksum- apakah semua rasul itu tidak melakukan sebarang kesalahan, spt kisah Adam yang memakan buah yang dilarang oleh Allah disyurga. Adakah itu satu kesalahan yang dilakukan oleh para rasul itu.
- ulamak mengatakan bahawa kejadian Adam yang memakan buah khuldi itu disebabkan terlupa ataupun terlalai diganggu oleh syaitan yg sering mengganggunya.
- juga sebagai hikmah akan kejadian manusia didunia ini untuk berkembang biak seperti kita pada hari ini..
- banyak kejadian2 para Rasul yang maksum itu dapat kita lihat dimana mereka juga melakukan kesalahan, tetapi semua kesalahan itu bukan bermaksud bersalah, tetapi adalah kerana terlupa mahupun tidak ingat yang semua itu Allah sudah ampunkan kesalahan mereka yang dulu kini dan selamanya.
- seperti kisah Nabi Ibrahim yang berbohong dgn raja namrud berkenaan Nabi Ibrahim berbohong berkenaan dgn siapa yang merobohkan berhala2. Adakah itu satu kesalahan?
- juga kisah nabi Musa yang membunuh satu org yahudi secara tidak sengaja. Adakah ini satu kesalahan utk Rasul2 yang maksum?

Kesemua kisah2 diatas itu bukanlah menunjukkan para2 Rasul itu bersalah, akan tetapi sebagi menunjukkan akan keterlupaan mahupun kekurangan yang Allah sudah ampunkan kesalahan mereka para Rasul itu. Kesemua kesalahan yang terjadi pada Rasul2 yang maksum itu adalah sebagai pengajaran dan pertunjuk akan satu keadaan yang lain yang berguna buat kita sebagai hamba Allah yang sentiasa berfikir.

Wednesday, March 6, 2013

Masjid rahimiah kelang

Dosa paling besar

Mana yang lebih besar dosa antara meninggalkan solat dan berzina:
Seperti diceritakan oleh Baginda saw dalam hadis berkenaan cerita Nabi Musa dengan seorang penzina wanita..dimana bahwa dosa orang yang meninggalkan solat itu lebih besar drpd berzina.
Ibnu Abbas menerangkan bahawa yg dikatakan meninggalkan solat itu bukan meninggalkan solat secara keseluruhannya, tetapi melambat2kan waktu solat atau dibuat dihujung waktunya.
Dan juga tidak solat maghrib sehingga masuk waktu isyak, tidak solat isyak sehingga waktu subuh dan juga seterusnya. Itulah antara tafsiran orang yang meninggalkan solat yang perlu diketahui. Betapa besarnya dosa orang yang meninggalkan solat sehingga boleh dipancung lehernya oleh pemerintah yan memahami.

Kategori syahid
1- syahid dunia
2- syahid akhirat
3- Mati syahid dunia akhirat

Mempertahankan harta,maruah dan keluarga jika meninggal dunia dikategori sebagai syahid. Perempuan yang meninggal dunia ketika melahirkan anak wpun anak zina juga mati syahid.
Mati kemalangan dan sakit disebabkan penyakit2 merbahaya adalah mati syahid.
Syahid ini perlu dimandikan seperti biasa seperti mati orang2 yang lain juga.

Akan tetapi mati disebabkan mempertahankn agama yang suci ini adalah mati syahid dunia akhirat dan mereka tidak perlu dimandikan .