Saturday, April 27, 2013

Ilmu tauhid: percaya kepada hari akhirat.

Percaya kepada hari kiamat.
Kiamat kecil adalah kematian dan kiamat yang besar adalah hari kehancuran alam semesta ini. Bagi orang2 beriman, menunggu kedatangan hari kiamat itu seperti sepertidoran shj dan bagi orang2 yg berdosa mereka menunggu terlalu lama akan hari kiamat.

Alam barzakh itu tidak diketahui dimana kerana itu adalah ilmu Allah. Apa kita nampak adalah nikmat kubur dan juga azab kubur. Untuk menerangi alam kubur kita hendaklah selalu solat tahajjud 8 rakaat dan 3 witir setiap malam.itu adalah amalan Baginda saw selama baginda hidup.

Kehidupan dialam barzakh itu seperti juga keadaan dialam dunia. Dimana keadaan disana kita boleh berjumpa dan bertegur sapa seperti didunia. Keadaan sebenarnya itu hanya Allah shj yang Maha memgetahui.

Selepas berlalu dialam barzakh, maka datanglah alam dipadang masyar. Dimana keadaan kita disana adalah sama keadaan fizikal Nabi Adam.

7 golongan yang dilindungi dipadang masyar
1- hatinya selalu dimasjid
2- pemimpin yang adil
3-orang yang bersedekah ( secara ikhlas dan tidak dihebahkan)
4-orang yang bangun malam bertahajjuj kpd Allah lalu ,mengenangkan dosa2 yg lalu dan menyesal dgn dosa2nya itu.
5- orang pompuan yg mengajak zina tapi kita takut akan Allah lalu menolaknya.
6- orang yang bersahabat berjumpa dan berpisah kerana Allah baik dalam perkara dunia mahupun perkara akhirat.

Keadaan yang amat teruk ketika dipadang masyar menyebabkan semua manusia mencari Nabi dan Rasul masing2 bermula dengan mencari Nabi Adam, Nabi Noah, Nabi Musa, Nabi ibrahim,
Dan akhirnya Baginda Saw yang akan mensyafaatkan semua umat manusia di padang masyar nanti.

Anak2 yang belum diakikahkan tidak diberi kelebihan utk mensyafaatkan kedua ibu bapanya. Oleh itu mengakikahkan anak2 itu merupakan perkara penting utk kebahgiaan kita disana nanti..

Selepas itu, kita  akan melalui proses hisab atau mizan. Dimana amal2 kita akan dihisab dengan hisab yang sehalusnya oleh Allah.
Lepas itu, akan melalui proses melalui titian sirat. Proses melalui titian sirat itu mengambil masa selama 500 tahun akhirat. Titian itu pula lebih halus dr rambut dan lebih tajam dr pisau.
Ada yang melalui sepantas kilat,ada yang sepantas orang berjalan dan sebagainya bergantung kepada amalan2 kita didunia ini.

Selepas itu, nasib kita akan ditentukan samada kita kesyurga atau keneraka. Jika kita kesyurga maka kita akan meminum air dr telaga kausar yang meminumnya hilang dahaga kita buat selama2nya.

Semua umat manusia akan dipersoalkan oleh malaikat walaupun dia itu islam mahipun kafir. Dan setiap persoalan itu akan bergantung kepada tahap amalannya didunia ini. Soalan2 itu tetap akan dipersoalkan walaupun jasadnya dimamah oleh binatang mahupun terbakar oleh api.

Maka iman itu adalah percaya kepada perkara yang tidak kita nampak hanya mendengar shj perkara itu tanpa dapat kita melihatnya.

Syurga dan neraka:
Syurga:
Tempat nikmat yang dicipta lebih indah dari dunia. Istana yang hebat didunia pun tercipta dengan batu dan pasir sedangkan disyurga istana itu tercipta dari emas dan permata yang tidak dpt digambarkan oleh akal kita yang daif. Syurga yang dibawahnya mengalir sungai2 yang cantik yang juga tidak dpt digambarkan oleh akal walaupun terlintas dalam hati pasti tidak sama keadaan sebenarnya.

Nikmat didalam syurga itu berterusan dari satu saat kesatu saat tanpa ada perasaan jemu walau sedetikpun disana. Setiap suapan yg kita makan itu berbeza sedapnya dari suatu suapan yang kemudiannya.

Neraka:
Diciptakan itk org2 kafir dan juga orang2 islam yang derhaka diseksa dineraka . Bayangkan satu solat ditinggalkan 60 tahun akhirat dineraka dan keadaan ini berterusan sehingga dosa2 itu habis diazab. Begitu azabnya neraka itu tidak dpt digambarkan oleh akal dan hati sekalipun.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang sebegitu.

Wallahuaklam.